Page 42 - Handbook Undergraduate 2016 2017
P. 42
KRITERIA ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH
CRITERIA OF THE SOFT SKILL ELEMENTS
1. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
COMMUNICATION SKILLS
Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang
dikategorikan kepada 8 tahap berikut:
Communication skills involve effective communication in Malay and English and are categorized into 8 levels:
Hasil Kemahiran:
Skills Outcomes:
1. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.
The ability to deliver an idea with clarity, effectiveness and confidence, in verbal and written form.
2. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
The ability to apply active listening skills and give feedback.
3. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap
pendengar.
The ability to give clear presentations with full confidence and appropriate to the level of the listener.
4. Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
The ability to use technology in presentations.
5. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
The ability to negotiate and achieve agreement.
6. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang mempunyai budaya berlainan.
The ability to communicate to the participants with different cultures.
7. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.
The ability to develop personal communication skills.
8. Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.
The ability to use non-verbal communication.
2. PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
CRITICAL THINKING AND PROBLEM SOLVING SKILLS
Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif,
analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan. Keterangan 7
tahap kemahiran Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah adalah seperti berikut:
Thinking skills and problem solving skills involve the ability to think in creative, critical, analytic, innovative ways and the ability to apply
understanding and knowledge to new and unrelated problems. Criteria for the 7 skill levels of Creative Thinking and Problem Solving Skills
are as follows:
Hasil Kemahiran:
Skills Outcomes:
1. Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat
penilaian yang berjustifikasi.
Ability to identify and analyse problems in complex and uncertain situations, and make justified evaluations.
2. Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai
perbincangan.
Ability to develop and improve thinking skills such as clarifying, analyzing and evaluating discussions.
3. Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif.
Ability to seek ideas and alternative solutions.
36