Page 138 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 138

LARANGAN TERHADAP PLAGIARISME


               Selaras dengan Seksyen 6, Larangan Terhadap Plagiarisme, Bahagian II, Tatatertib Am, Akta Universiti
               & Kolej Universiti 1971 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

               “…1.  Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain.

               2.   Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah:

                   (a)  perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa
                       bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil ciptaan atau ciptaannya sendiri; atau

                   (b)  suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa
                       dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah
                       sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.

               3.  Tanpa menjejaskan keluasan makna subkaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia:

                   (a)  menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau
                       akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa
                       orang lain;

                   (b)  menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama
                       sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung
                       membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan artikel, kertas saintifik atau akademik,
                       atau buku;

                   (c)  memaksa  orang  lain  untuk  memasukkan  namanya  dalam  senarai  penyelidik  bersama  bagi
                       sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai penyelidikan bersama bagi penerbitan
                       apabila  dia  tidak  membuat  apa-apa  sumbangan  yang  boleh  melayakkan  dirinya  sebagai
                       penyelidik bersama atau pengarang bersama.

                   (d)  memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang
                       lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau data yang diperolehi melalui
                       penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan
                       data  tersebut  sebagai  sebahagian  daripada  penyelidikan  akademiknya  tanpa  memberi
                       pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;

                   (e)  menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa
                       orang  lain,  sama  ada  atau  tidak  orang  lain  itu  anggota  kakitangan  atau  pelajar  Universiti
                       sebagai  sebahagian  daripada  penyelidikan  akademik  yang  berbeza  yang  lain,  atau  bagi
                       penerbitan  atas  namanya  sendiri  sebagai  pengarang  tunggal,  tanpa  memperoleh  keizinan
                       penyelidik  bersamanya  sebelum  memulakan  penyelidikan  peribadinya  atau  sebelum
                       menerbitkan data;

                   (f)  menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada
                       bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam
                       apa-apa juga bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain
                       dan mengaku sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea
                       atau ciptaan itu;

                   (g)  menterjemahkan  tulisan  atau  ciptaan  orang  lain  daripada  satu  bahasa  kepada  bahasa  lain
                       sama  ada  atau  tidak  secara  keseluruhan  atau  sebahagian,  dan  kemudian  mengemukakan
                       terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisnya atau ciptaannya sendiri;

                   (h)  memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian
                       tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun idea itu semula dalam apa-apa
                       cara yang seolah-olah dia ialah pencipta idea-idea itu. …”







                                                           130
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143