Page 139 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 139
PERATURAN MAKMAL KOMPUTER
1. Jadual Pembukaan Makmal Komputer seperti berikut:
Waktu Bekerja Biasa :
Isnin – Khamis 8.30 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.30 petang
Waktu Rehat Tengahari 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.30 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang - 5.30 petang
Waktu Rehat Tengahari 12.15 tengahari- 2.45 petang
Perkhidmatan Tambahan Semasa Semester :
Isnin – Jumaat 5.30 petang - 9.30 malam
2. Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran sahaja dibenarkan menggunakan Makmal
Komputer. Pelajar dikehendaki memakai kad matrik semasa berada di Makmal
Komputer.
3. Pelajar hendaklah memastikan disket dan data-data di dalamnya bebas daripada virus.
4. Pelajar mestilah menjaga kebersihan dan keselamatan perkakasan di dalam Makmal
Komputer termasuk meja, kerusi dan peralatan lain.
5. Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada kakitangan
yang bertugas.
6. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam Makmal Komputer. Pelajar
tidak dibenarkan memakai selipar, berseluar pendek atau berpakaian menjolok mata.
7. PELAJAR DILARANG:
(1) Menyalin atau memasukkan sebarang perisian dari/ke dalam hard disk di dalam
Makmal Komputer.
(2) Membawa beg, kawan atau pelajar dari Fakulti lain atau luar Universiti ke dalam
Makmal Komputer.
(3) Menggunakan telefon bimbit, membuat bising atau mengganggu pengguna-
pengguna lain.
(4) Merokok dan membawa makanan serta minuman ke dalam Makmal Komputer.
8. Fakulti tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan akibat kecuaian
pengguna dan tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan barang berharga
milik pelajar yang diletakkan di luar Makmal Komputer.
131