Page 192 - fbl
P. 192
SEMESTER 4
7. TIG2003 :
Fonetik dan Fonologi Bahasa Jerman / Phonetics and Phonology of German
2 kredit/credits
Dalam kursus ini, pelajar belajar bagaimana menerangkan ciri-ciri asas sistem fonetik dan
fonologi dalam bahasa Jerman. Pelajar juga belajar bagaimana untuk membuat transkripsi
bunyi bahasa Jerman menggunakan Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA). Latihan disediakan
untuk mempelajari artikulasi dengan bunyi bahasa Jerman yang betul dan juga penggunaan
tekanan dan intonasi.
In this course, the students learn to describe basic features of the German phonetic and
phonological systems. They also learn how to transcribe German writing using the International
Phonetic Alphabet (IPA). Training is provided on the correct articulation of German sounds as
well as on the use of stress and intonation.
Kaedah Penilaian dan Pemarkahan / Marking and Assessment Methods
Penilaian berterusan / Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir / Final examination: 60%
Bahasa Pengantar / Medium of Instruction
Bahasa Jerman / Bahasa Inggeris (German / English)
Rujukan Utama / Main References
a. Phonetik im Lehrwerk – eine Bestandsaufnahme (2013):
http://www.DaFdigital.de/DAF.01.2013.003
b. Altmann, Hans/Ziegenhain, Ute (2007) Phonetik, Phonologie und Graphematik fürs
Examen. Göttingen: Vandenhoeck & Ruprecht
c. Schunk, Günther (2002) Studienbuch zur Einführung in die deutsche Sprachwissenschaft.
Würzburg: Könighausen & Neumann
d. Rausch, Rudolf/Rausch, Ilka (2002) Deutsche Phonetik für Ausländer. Berlin:
Langenscheidt
8. TIG2004 :
Bahasa dan Tamadun Jerman I / German Language and Civilisation I
2 kredit/credits
Dalam kursus ini, pelajar akan memperolehi pengetahuan asas mengenai tamadun Jerman.
Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aspek ketamadunan Jerman yang berbeza seperti
sejarah, masyarakat moden dan kontemporari, sistem politik, geografi, dan lain-lain. Kemahiran
bahasa secara lisan mahupun bertulis akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan
berkesan dan bertanggungjawab di dalam persembahan secara individu dan berkumpulan.
In this course the students will acquire a basic knowledge of German civilization. They will be
exposed to different aspects of German civilization such as history, modern and contemporary
society, political system, geography, etc. The students’ proficiency in both oral and written
aspects of the language will allow them to communicate effectively and responsibly in individual
and in group performances.
Kaedah Penilaian dan Pemarkahan / Marking and Assessment Methods
Penilaian berterusan / Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir / Final examination: 60%
FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK | 192