Page 21 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI
P. 21
BUKU PANDUAN PROGRAM PASCASISWAZAH, SESI AKADEMIK 2016/2017
MAKLUMAT DAN STRUKTUR PENGAJIAN
SARJANA PENGAJIAN BAHASA INGGERIS
1. Program Pengajian
Program ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris yang ditawarkan merupakan
program secara Kursus. Matlamat program adalah untuk menghasilkan graduan
berketrampilan global yang mempunyai kefahaman kritis berkaitan teori dan aplikasi
dalam bidang pengajian bahasa Inggeris, serta memiliki kemahiran dan etika
penyelidikan untuk menghayati dan menerokai isu dalam pelbagai konteks
penggunaan bahasa Inggeris termasuk di tempat kerja dan dalam kalangan
masyarakat.
2. Syarat Kemasukan
(1) Kelayakan kemasukan
(a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian bahasa Inggeris atau
Pengajian Linguistik dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.0 atau setaraf
dengannya;
atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang selain daripada pengajian bahasa
Inggeris atau Pengajian Linguistik dengan PNGK sekurang-kurangnya
3.0 atau setaraf dengannya; dan sekurang-kurangnya satu tahun
pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dengan
penggunaan/pengajian bahasa Inggeris atau pengajian Linguistik;
atau
(c) Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK kurang dari 3.0 atau setaraf
dengannya; dan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja
dalam bidang berkaitan dengan penggunaan/pengajian bahasa
Inggeris atau pengajian Linguistik;
atau
(d) kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari masa ke semasa.
(2) Syarat bahasa Inggeris bagi pemohon antarabangsa
Pemohon antarabangsa hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya band
7.0 bagi IELTS (Akademik) atau skor minimum 700 bagi TOEFL.
3. Tempoh Pengajian
Tempoh minimum bagi program ini adalah selama (2) dua semester dan tempoh
maksimumnya adalah selama (8) lapan semester.
21