Page 22 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI
P. 22
BUKU PANDUAN PROGRAM PASCASISWAZAH, SESI AKADEMIK 2016/2017
4. Struktur Program Pengajian
Struktur program pengajian untuk ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris adalah
seperti berikut:
(a) Program ini terdiri daripada dua bahagian iaitu:
(i) Bahagian I (kursus); terdiri daripada 30 kredit yang melibatkan
kursus berikut:
Kursus Teras* 12 kredit
Kursus Elektif Program* 3 kredit
Kursus Elektif Fakulti 9 kredit
*Wajib lulus dengan sekurang-kurangnya minimum gred B dan tidak
boleh ditebus
(ii) Bahagian II (penyelidikan) melibatkan projek penyelidikan
yang membawa kepada penghasilan satu laporan
penyelidikan yang berjumlah 16 kredit.
(b) Butir-butir kursus yang ditawarkan adalah seperti mana yang
diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa atas perakuan
Fakulti/Akademik/Pusat/ Institut dan dimaklumkan kepada calon pada
permulaan setiap sesi.
(c) Senarai kursus-kursus yang diluluskan oleh Senat adalah seperti
dinyatakan dalam Senarai 1.
22