Page 24 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI
P. 24




BUKU PANDUAN PROGRAM PASCASISWAZAH, SESI AKADEMIK 2016/2017



SARJANA SASTERA (LINGUISTIK)
1. Program Pengajian

Program ijazah Sarjana Sastera (Linguistik) yang ditawarkan merupakan program

secara Kursus dan Disertasi. Matlamat program Sarjana Sastera (Linguistik) bertujuan
menghasilkan graduan berketrampilan global yang mempunyai kefahaman kritis
berkaitan teori dan aplikasi dalam bidang linguistik, serta memiliki kemahiran dan
etika penyelidikan untuk menghayati dan menerokai isu dalam pelbagai konteks
penggunaan bahasa termasuk amalan linguistik di tempat kerja dan dalam
masyarakat.

2. Syarat Kemasukan


(1) Kelayakan kemasukan

(a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian bahasa Inggeris atau
Pengajian Linguistik dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.0 atau setaraf
dengannya;
atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang selain daripada pengajian bahasa
Inggeris atau Pengajian Linguistik dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.0
atau setaraf dengannya; dan sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman
bekerja dalam bidang berkaitan dengan penggunaan/pengajian bahasa
Inggeris atau pengajian Linguistik;
atau
(c) Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK kurang dari 3.0 atau setaraf dengannya;
dan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja dalam bidang
berkaitan dengan penggunaan/pengajian bahasa Inggeris atau pengajian
Linguistik;
atau
(d) kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari masa ke semasa.

(2) Syarat bahasa Inggeris bagi pemohon antarabangsa:
Pemohon antarabangsa hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya band
6.0 bagi IELTS (Akademik) atau skor minimum 550 bagi TOEFL jika ijazah

pertamanya tidak diperolehi dari universiti yang menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar atau lulus kursus bahasa Inggeris yang ditetapkan
oleh Universiti.

3. Tempoh Pengajian


Tempoh minimum bagi program ini adalah selama (3) tiga semester dan tempoh
maksimumnya adalah selama (8) lapan semester.





24

   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29