Page 28 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI
P. 28
BUKU PANDUAN PROGRAM PASCASISWAZAH, SESI AKADEMIK 2016/2017
DOKTOR FALSAFAH (Ph.D)
1. Program Pengajian
Ijazah Doktor Falsafah merupakan program pengajian yang dilaksanakan secara
penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan tesis.
2. Syarat Kemasukan
(1) Kelayakan kemasukan
(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan PNGKnya tidak kurang
daripada 3.0 (atau setaraf dengannya);
dan
(ii) Ijazah Sarjana Dengan Kepujian dalam bidang berkaitan atau ijazah Sarjana
dengan PNGK tidak kurang daripada 3.0 (atau setaraf dengannya) mengikut yang
mana berkaitan.
(2) Syarat bahasa Inggeris bagi pemohon antarabangsa:
Pemohon antarabangsa hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya band 6.0 bagi
IELTS (Akademik) atau skor minimum 550 bagi TOEFL jika ijazah pertamanya tidak
diperolehi dari universiti yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti.
3. Tempoh Pengajian
Tempoh minimum bagi program ini adalah selama (4) empat semester semester dan
tempoh maksimumnya adalah selama (12) dua belas semester.
4. Struktur Program Pengajian
Program Ijazah Doktor Falsafah merupakan program berteraskan penyelidikan.
Cadangan penyelidikan perlu dipantau dah disahkan oleh fakulti. Pada semester
pertama pengajian, calon perlu mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan
(TXGX6106). Pada semester ke lima, calon perlu membentangkan hasil penyelidikan
dalam sesi Candidature Defence. Bagi calon antarabangsa, mereka diwajibkan
mengikuti kursus Bahasa Malaysia (TXGZ6102) sebelum dianugerahkan Ijazah Doktor
Falsafah. Calon Ph.D akan diselia oleh seorang atau lebih dari seorang Penyelia
(mengikut keperluan aspek/bidang kepakaran). Pada akhir tempoh pengajian, calon
Ph.D perlu mengemukakan tesis mutakhir setelah selesai sesi viva-voce. Jumlah patah
perkataan bagi sesebuah tesis tidak boleh melibihi 100, 000 patah kata.
28