Page 102 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 102

Sarjana Muda  Sastera Pengajian Antarabangsa dan Strategik
                        Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik



                     Bachelor of Arts International and Strategic Studies
                      Department of International and Strategic Studies




         Disiplin Hubungan Antarabangsa pertama kali diperkenalkan di Universiti Malaya pada tahun 1970- an di bawah Jabatan Sejarah.
      Disebabkan peningkatan permintaan, Rancangan Pengajian Antarabangsa (ISP) ditubuhkan pada tahun 1992 di bawah Fakulti Sastera

      dan Sains Sosial. Pada tahun yang sama, Sarjana Muda Sastera (BA), Sarjana Sastera (MA) dan Doktor Falsafah (PhD) telah ditawarkan.
      Pada  tahun  1999,  ISP  dinaiktaraf  menjadi  Jabatan  Pengajian  Antarabangsa  dan  Strategik  (JPAS).  JPAS  sebelum  ini  telah  menawarkan

      Diploma  Pascasiswazah  Pengajian  Strategik  dengan  kerjasama  Polis  Diraja  Malaysia  (RMP)  dan  Kolej  Staf  Angkatan  Tentera  Malaysia
      (MTAT). Kemudian pada bulan November 1999, JPAS mula menawarkan Sarjana Sastera (MA) Pengajian Strategik dan Pertahanan. Hari

      ini,  JPAS  adalah  salah  satu  jabatan  terkemuka  dalam  disiplin  Hubungan  Antarabangsa,  di  mana  ia  berada  di  kedudukan  No.1  di

      peringkat  nasional  dan  dari  segi  kedudukan  subjek  dan  101-150  di  peringkat  global  mengikut  QS  World  University  Rankings.  Kami
      berbangga  akan  pelajar  cemerlang  dari  seluruh  dunia  yang  telah  memilih  jabatan  kami  untuk  pengajian  ijazah  pertama  dan
      pascasiswazah  mereka  sejak  dua  dekad  yang  lalu.  JPAS  mempunyai  kelab  pelajar,  iaitu  International  Relations  Society  (IRSoc),  yang

      berfungsi  sebagai  jambatan  perhubungan  antara  Jabatan  dan  pelajarnya.  Kami  juga  mempunyai  IR  Alumni  Society,  di  mana  alumni

      terlibat  secara  aktif  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  JPAS.  JPAS  juga  mempunyai  penerbitan  tahunannya,  Malaysian  Journal  of
      International Relations (MJIR), yang diperkenalkan pada tahun 2013.



           JPAS mempunyai tiga objektif: 1.Menjadi pusat utama pengajian Hubungan Antarabangsa di Malaysia, Asia Tenggara, dan seterusnya.

      2.Menyediakan  persekitaran  pembelajaran  yang  melahirkan  graduan  yang  berkualiti  dan  berpengetahuan  luas  tentang  diplomasi  dan
      hal  ehwal  luar  negara.  3.Menaikkan  imej  Malaysia  sebagai  aktor  utama  di  peringkat  antarabangsa  dalam  bidang  diplomasi,

      keselamatan dan politik antarabangsa. JPAS kini menawarkan empat program, iaitu Sarjana Muda Sastera Pengajian Antarabangsa dan
      Strategik/ B.A. IntStr, Sarjana Sastera (Pengajian Strategik dan Pertahanan)/ M.A. StrDef, Sarjana Sastera secara Penyelidikan dan Doktor

      Falsafah  secara  Penyelidikan.  Sarjana  Muda  Sastera  Pengajian  Antarabangsa  dan  Strategik  yang  telah  diperbaharui  berhasrat
      menghasilkan  pelajar  yang  holistik  yang  mengambil  manfaat  daripada  perspektif  berbeza  yang  ditawarkan  melalui  pelbagai  pilihan

      pakej kursus elektif. Sarjana Sastera (Pengajian Strategik dan Pertahanan) pula telah diperluaskan ruang lingkupnya dan kini termasuk

      kursus elektif untuk pilihan pelajar. Untuk jangka panjang, dan seiring dengan tiga objektif kami, kami berhasrat untuk terus berkembang
      dan menjadi platform utama wacana Hubungan Antarabangsa di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107