Page 107 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 107
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AIE1001
Pengantar Hubungan Antarabangsa
Introduction to International Relations
Kursus ini adalah kursus asas mengenai disiplin Hubungan Antarabangsa di mana para pelajar didedahkan kepada konsep asas
dalam disiplin ini. Hubungan antarabangsa adalah suatu proses di mana pelaku negara dan bukan negara berinteraksi untuk
mencapai matlamat-matlamat tertentu dan dalam proses ini sering lahir samada konflik atau kerjasama. Perbincangan selain
daripada mengambilkira aspek-aspek di atas, akan juga tertumpu kepada isu-isu semasa khususnya peristiwa-peristiwa utama
dalam hubungan antarabangsa.
This is an introductory course on International Relations where students will be exposed to the basic concepts in the discipline.
International relations is a process where state and non-state actors interact to achieve their respective objectives/interests, either by
cooperating or competing. Apart from the above, the course will also cover current issues namely those that impact on contemporary
international relations
AIE1002
Pengantar Politik
Introduction to Politics
Kursus ini akan fokus tentang pengenalan kepada sains politik dan sistem negara. Ia akan memberi tumpuan kepada bentuk-
bentuk kerajaan dan sistem politik. Di samping itu, aspek-aspek seperti kedaulatan negara, kerajaan, parti-parti politik, ideologi
seperti liberalisme, komunisme dan nasionalisme yang mewarnai sistem negara dan kerajaan akan turut dikaji. Kelemahan-
kelemahan negara bangsa dan cabaran yang dihadapi dalam era globalisasi juga akan dilihat dalam konteks politik kontemporari.
This course will focus on the introduction to the state system. It will cover the types of governments and political systems. In
addition, aspects such as sovereignty, government, political parties, political ideologies that shape the state system and government
will be also studied. The weaknesses and challenges confronting the state system in the age of globalisation will also be analysed in
the contemporary context.
AIE1003
Politik Ekonomi Hubungan Antarabangsa
Political Economy of International Relations
Matlamat kursus ini adalah untuk menganalisis perkembangan sistem ekonomi antarabangsa serta keberkesanan institusi-
institusi ekonomi antarabangsa di dalam melaksanakan fungsi masing- masing. Ia juga membincangkan masalah- masalah
ekonomi antarabangsa dengan penekanan terhadap kesannya ke atas negara-negara membangun. Kursus ini membantu pelajar
menganalisis hubungkait antara politik dan ekonomi antarabangsa, dan bagaimana globalisasi ekonomi memberi kesan terhadap
ekonomi dan pembangunan negara-negara kurang dan sedang membangun.
The aim of this course is to analyse the development of the international economic system and the effectiveness of international
economic institutions in carrying out their respective functions. It also discusses international economic problems, emphasizing on
their effects on developing countries. This course helps students to analyse the relationship between international politics and
economy, and how economic globalization affects the economy and development of less developed and developing countries.