Page 111 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 111

Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis




       AIE2018
       Teori Kontemporari Hubungan Antarabangsa
       Contemporary Theories of International Relations



     Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar bagi mengenalpasti teori-teori baru Hubungan Antarabangsa khususnya semenjak tamatnya
     Perang Dingin. Kursus ini akan membantu pelajar untuk mengenalpasti signifikasi teori-teori baru terhadap disiplin Hubungan
     Antarabangsa. Penekanan diberi kepada pengaplikasian teori baru dalam isu-isu antarabangsa semasa.


     The aim of the course is to analyse the new theories of International Relations since the end of the Cold War. The course also analyses the
     impact of these theories towards the discipline of International Relations. The focus will be  given to the application of the theories in
     analysing contemporary international issues.







       AIE3003
       Keselamatan Antarabangsa
       International Security


     Kursus ini akan mengkaji tentang masalah keselamatan antarabangsa. Tumpuan akan diberi terhadap pelbagai isu-isu keselamatan
     yang melanda negara dan masyarakat dunia secara amnya. Isu-isu berkaitan dengan sebab-sebab perang dan jenis-jenis perang akan
     dikaji. Selain itu, masalah perlumbaan senjata, ancaman -ancaman berbentuk bukan militer akan juga diberi perhatian. Dalam konteks
     ini, pelajar juga akan didedahkan dengan ancaman berbentuk transnasional seperti alam sekitar dan jenayah-jenayah terancang dan
     peranan faktor-faktor lain yang berada di luar kawalan negara akan turut dikaji. Di samping itu, kursus ini juga akan mendedahkan
     pelajar tentang proses pembuatan dasar keselamatan antarabangsa.

     This course will study the problems of international security. The focus will be on the variety of issues affecting national and global
     security in general. Issues relating to the causes and types of wars will be covered. In addition, the problems of arms race and non-military
     threats will be also given serious attention. In this context, the students will be also exposed to translational threats such as the
     environmental problem and organised crimes whereby factors that are beyond state control can be studied. Beside theoretical dimensions,
     this course will familiarise students to the process of policy making in international security.





       AIE3004
       Dasar Luar Malaysia
       Foreign Policy of Malaysia


     Di antara tema utama yang akan dikaji ialah aliran-aliran dan kerangka teoritikal dalam mengkaji dasar luar. Faktor-faktor dalaman
     dan luaran yang mempengaruhi dasar luar negara akan dikenalpasti. Penggubalan, kemampuan,pelaksanaan dan perubahan orientasi
     dasar luar akan dikaji. Hubungan dua hala Malaysia dengan kuasa-kuasa besar/negara negara jiran dan pendirian Malaysia ke atas isu
     isu antarabangsa akan juga diteliti.


      Among the themes that will be studied are the theoretical framework and the various approaches used in the study of foreign policy.
     Internal and external factors that influence foreign policy will also be identified. The formulation, implementation, effectiveness and the
     changes in foreign policy orientation will also be studied. Malaysia's relations with the big powers/ neighbouring states and its posture on
     international issues will also be analysed.
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116