Page 109 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 109

Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis



       AIE1008
       Pendekatan kepada Keselamatan Nasional Malaysia
       Approaches to National Security of Malaysia


      Kursus ini fokus tentang keselamatan negara. Ia menerangkan dasar keselamatan, ancaman keselamatan dan langkah-langkah yang
      diambil untuk mengatasinya. Pada amnya, pelbagai ancaman dalam negara dan luaran akan diberi tumpuan dalam pengajaran dan
      penilaian. Bentuk-bentuk ancaman baru akan turut dikaji. Tahap penilaian ancaman dan tindakan yang diambil oleh Malaysia akan
      didedahkan kepada pelajar. Kursus ini mampu meningkatkan pemikiran kritis pelajar.


      This course focuses on national security. It will explain security policies, security threats and measures to resolve them. Generally, the
      focus for the purpose of teaching and evaluation will be on internal and external threats. New types of security threats will be also
      covered. Students will be exposed to the level of threat assessment and measures taken by Malaysia. The course will be able to raise
      students’ level of critical thinking.






       AIE2004
       Analisis Dasar Luar
       Foreign Policy Analysis




      Kursus ini membincangkan dasar luar dan proses penggubalannya. Penumpuan diberi kepada orientasi dasar luar berserta pemboleh ubah
      yang mempengaruhi dan menentukannya. Kaedah-kaedah dan alat-alat dalam perlaksanaan dasar luar juga turut dibincangkan. Contoh-contoh
      berdasarkan pengalaman negara-negara membangun diketengahkan bagi maksud analisis tersebut.


      This course discusses foreign policy and the process of its development. Focus is given on the orientation of foreign policy and the variables that
      influence and determine them. Methods and tools of foreign policy implementation are also discussed. Examples put forward to reflect this would
      be from developing countries.







       AIE2006
       Undang-Undang Antarabangsa
       International Law


      Kursus ini mendedahkan pelajar kepada sumber-sumber undang- undang antarabangsa yang digunakan oleh mahkamah dan
      tribunal-tribunal antarabangsa di dalam menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Pelajar diberi penjelasan mengenai perbezaan dan
      hubungan di antara undang-undang munisipal dan juga undang-undang antarabangsa. Pelajar juga akan didedahkan kepada
      personaliti perundangan antarabangsa yang mempunyai hak di bawah undang-undang antarabangsa. Pelajar juga didedahkan
      kepada prinsip- prinsip undang-undang antarabangsa yang diaplikasikan dalam menyelesaikan pertikaian antarabangsa.

      This course exposes the students to the sources of international law used by international courts and tribunals in settling international
      disputes. The differences and the relationship between municipal and international laws are also explained to students. Students are
      also exposed to legal personalities having rights under international law. Students are also exposed to legal principles applied in settling
      international disputes.
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114