Page 108 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 108
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AIE1004
Evolusi Masyarakat Antarabangsa
Evolution of International Society
Kursus ini meliputi sejarah perkembangan masyarakat dunia dan sistem antarabangsa sejak dari zaman sebelum kemunculan negara
bangsa hingga ke zaman selepas Perang Dingin. Kursus ini memberi penekanan terhadap peristiwa dan krisis penting dunia yang
mempengaruhi struktur sistem antarabangsa, dan juga faktor-faktor yang mencetuskan peristiwa dan krisis antarabangsa. Kursus ini
juga memberi penekanan terhadap peranan kuasa-kuasa besar pada zaman dan era yang dikaji di dalam mencorakkan struktur sistem
antarabangsa pada zaman berkenaan dan bagaimana ianya memberi kesan kepada struktur sistem antarabangsa hingga masa kini.
The course covers the historical development of international society and system from before the establishment of nation states until the
Post-Cold War era. The course emphasizes on major international events and crisis which had affected the structure of the international
system, and the causal factors of these major international events and crisis. It also emphasizes on the role of major powers during the
eras examined in moulding the international society during the respective eras and how these had affected the international system until
current times.
AIE1006
Pengenalan kepada Teori Hubungan Antarabangsa
Introduction to Theories of International Relations
Kursus ini memberi fokus kepada tiga aliran pemikiran utama dalam teori Hubungan Antarabangsa iaitu Realisme, Liberalisme dan
Strukturalisme. Kursus ini membantu pelajar untuk mengenal pasti teori-teori utama hubungan antarabangsa dan debat dalam
perkembangan teori-teori ini. Penekanan juga diberikan kepada pengaplikasian teori-teori ini dalam memahami isu-isu
antarabangsa.
The focus of this course is on the three major schools of thought in International Relations theory namely Realism, Liberalism and
Structuralism. The course will help students to identify the major theories in International Relations as well as the debates pertaining
to the development of these theories. Emphasis will also be given to the application of these theories towards the understanding of
international issues.
AIE1007
Organisasi Antarabangsa dalam Politik Dunia
International Organizations in World Politics
Matlamat utama kursus ini adalah untuk mengkaji peranan dan dampak organisasi antarabangsa dalam politik dunia khususnya
bagaimana organisasi antarabangsa berhadapan dengan masalah sedunia seperti keamanan, kemiskinan, pencabulan hak asasi
manusia dan masalah alam sekitar. Perbincangan akan dimulakan dengan teori-teori hubungan antarabangsa yang berkaitan dengan
organisasi antarabangsa dan diikuti dengan evolusi organisasi antarabangsa sejak 1648. Fokus kemudiannya tertumpu kepada
perkembangan organisasi antarabangsa pada abad ke-20 khususnya dengan mengkaji Liga Bangsa-bangsa Bersatu (LBB) dan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta agensi-agensinya.
The main aim of this course is to examine the role and impact of international organizations in world politics, especially how international
organizations face global problems such as peace, poverty, human rights violations and environmental problems. The discussion will
commence with the international relations theories relating to international organizations and followed by the evolution of international
organizations since 1648. The focus is then on the development of international organizations in the 20th century, especially by studying
the League of Nations and the United Nations and its agencies.