Page 98 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 98
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AID3013
Etika Alam Sekitar
Environmental Ethics
Etika alam sekitar adalah bidang kajian mengenai penaakulan moral manusia terhadap isu-isu alam sekitar, di mana persoalan utama
adalah pertimbangan moral manusia terhadap haiwan, tumbuhan dan komponen abiotik alam sekitar. Pelajar akan didedahkan kepada
(1) teori fasa perkembangan moral manusia dari aspek kajian psikologi, (2) hujah-hujah moral bersifat antroposentrik seperti Egoisme dan
Relativisme Kebudayaan, dan (3) teori etika alam sekitar bersifat biosentrik yang merangkumi falsafah Peter Singer, Tom Regan, Donald
VanDeVeer dan Paul Taylor.
Environmental ethics is a field of research on human moral reasoning of environmental issues, in particular how humans extend moral
consideration to animals, plants and abiotic components of the environment. Students will be exposed to (1) the theory of human moral
development from the aspect of psychology, (2) anthropocentric moral arguments such as Egoism and Cultural Relativism, and (3) Biocentric
moral arguments that encompasses the philosophies of Peter Singer, Tom Regan Donald VanDeVeer and Paul Taylor.
AID3015
Perubahan Persekitaran Global
Global Environmental Change
Kursus ini memberikan pendekatan holistik kepada pelbagai aspek perubahan iklim masa kini dan akan datang, terutamanya pada skala
tempatan dan serantau. Kursus ini mengkaji konsep asas yang berkaitan dengan perubahan iklim, sebabsebabnya, kesankepada
sosioekonomi dan alam sekitar serta hubungannya dengan aktiviti antropogenik. Pelajar juga akan dapat membezakan punca perubahan
iklim dan alam semulajadi antropogenik. Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada konsep kerentanan, penyesuaian dan bagaimana
ancaman pemanasan global dapat dikurangkan. Kursus ini juga membincangkan bagaimana penglibatan panel Intergovernmental panel
for climate change (IPCC) dan Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim dan pelaksanaan
protokol Kyoto yang cuba mengurangkan pelepasan gas rumah hijau untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.
The course provides a holistic approach to various aspects of recent and future climate change, especially at regional and local spatial scales.
The course examines basic concepts related to climate change, its causes, socio-economic and environmental impacts and its relation to
anthropogenic activity Students will be able to differentiate the natural and anthropogenic causes of climate change. The course also explores
the involvement of the Intergovernmental panel for climate change (IPCC) and the United Nations Framework Convention on Climate Change
attempting to reduce the greenhouse gas emission to mitigate the impacts of climate change
AID3016
Tadbir Urus Alam Sekitar
Environmental Governance
Kursus ini akan memberikan penekanan yang seimbang antara pengetahuan teori dan amalan dalam hal berkaitan tadbir urus alam sekitar,
dimana pada awal kursus pelajar akan didedahkan kepada konsep tadbir urus alam sekitar dan seterusnya meneliti bagaimana konsep ini
diaplikasikan dalam pengurusan alam sekitar. Beberapa kepelbagaian dalam tadbir urus seperti kepelbagaian peringkat/skala, aktor dan
mod akan dibincangkan secara mendalam. Untuk mengukuhkan pemahaman pelajar dan menguatkan kerelevanan kursus ini dalam
menangani masalah alam sekitar yang semakin mencabar, beberapa contoh aplikasi tadbir urus dalam kes-kes alam sekitar terpilih di dalam
dan luar negara akan dibincangkan secara terperinci.
This course will give a balanced emphasis on the theoretical and empirical studies of environmental governance. At the beginning of the course,
students will be introduced to the basic concepts of governance and environmental governance, and followed by deliberating on the application
of this concept in managing the environment. Several multiplicity of envirionmental governance, such as mutiple levels/scales, actors and modes
would be discussed in detail. To increase students understandings on this matter and to show its relevance in managing the complexity of current
environmental issues, some selected cases will be discussed.