Page 95 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 95
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AID1011
Kaedah Analisis Alam Sekitar
Methods in Environmental Analysis
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kaedah untuk mengumpul dan menghuraikan data alam sekitar. Dalam bahagian pengenalan
kursus, pelajar akan didedahkan kepada konsep-konsep asas seperti cara membentuk soalan penyelidikan dan hipotesis, ertinya
persampelan, jenis- jenis pembolehubah, dan pentingnya untuk membezakan data berdasarkan skala data dan bentuk data. Seterusnya,
kaedah persampelan akan diajar, merangkumi persampelan rawak, sistematik dan rawakberstrata. Akhirnya, pelajar akan diajar cara
menghuraikan data dengan menggunakan ukuran kecenderungan memusat dan ukuran sukatan ubahan, membina graf dan membuat
.kesimpulan kajian
This course introduces students to methods used to collect and describe environmental data. As an introduction, students will be exposed to
basic concepts such as how to form research questions and hypotheses, the meaning of sampling, types of variables, and the importance of
distinguishing data based on scale and form. Next, sampling methods will be taught, including random, systematic and randomstratified
sampling. Finally, students will learn how to describe environmental data using measures of central tendency and dispersion, build charts,
.and derive conclusions from their study
AID2001
Pengurusan Alam Sekitar
Environmental Management
Kursus ini membincangkan tentang teori dan perlaksanaan pengurusan alam sekitar yang efektif dengan merujuk kepada isu-isu alam
sekitar utama yang berlaku pada skala global, serantau dan tempatan. Pelajar akan diperkenalkan dengan konsep asas pengurusan
alam sekitar dan didedahkan tentang kepelbagaian pendekatan pengurusan alam sekitar dari pelbagai perspektif. Tiap-tiap isu alam
sekitar memerlukan pendekatan pengurusan yang unik. Oleh kerana itu, kursus ini akan membincangkan beberapa contoh pengurusan
isu alam sekitar terpilih dari dalam dan luar negara.
In this course, students will be exposed to the theory and application of effective environmental management techniques at local,
regional and global scale. This course will begin with the introduction of the general concept of environmental management, and then
followed by discussion on the multiple approaches in environmental management from various perspectives. Several relevant cases will
be selected as case study.
AID2002
Sistem Informasi Geografi Dalam Kajian Alam Sekitar
Geographic Information Systems in Environmental Studies
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada aspek aplikasi, perancangan dan rekabentuk serta pengurusan perlaksanaan Sistem
Informasi Geografi (SIG). Penekanan akan diberikan kepada pelaksanaan aplikasi Sistem Informasi Geografi (SIG) dalam bidang alam
sekitar berdasarkan kajian kes. Kursus ini juga akan memberikan tumpuan kepada cara-cara dan kaedah rekabentuk dalam aplikasi-
.aplikasi alam sekitar dalam Sistem Informasi Geografi (SIG) dan isu-isu alam sekitar serta strategi dalam pelaksanaannya
The course intends to the aspects of application, planning and design, as well as the management of a GIS in Environmental Studies. Emphasis
is given to the implementation of a Geographic Information Systems (GIS) application in environmental fields based on specific case studies.
The course also focuses on the methods in designing a Geographic Information Systems (GIS) application and the environmental issues and
.strategies involved in Geographic Information Systems (GIS) implementation