Page 130 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 130
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AIF2006
Bahasa Thai IIA
Thai Language IIA
Kursus ini adalah lanjutan daripada Bahasa Thai IB. Pada tahap ini, empat kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan
menulis) akan dipertingkatkan untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dengan efektif dalam konteks tertentu. Pelajar juga akan
didedahkan kepada kemahiran membaca dan memahami serta mengarang esei dalam bahasa Thai.
This course is a continuation of Thai Languag IB. In this level, the four language skills (listening, speaking, reading and writing) will be
enhanced to enable the students to communicate effectively in specific contexts. Students will also be exposed to skills in reading and
comprehension, as well as composing essays in Thai.
AIF2007
Bahasa Vietnam IIA
Vietnamese Language IIA
Kursus ini adalah lanjutan daripada Bahasa Vietnam IB. Pada tahap ini, empat kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan
menulis) akan dipertingkatkan untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dengan efektif dalam konteks tertentu. Pelajar juga akan
didedahkan kepada kemahiran membaca dan memahami serta mengarang esei dalam Bahasa Vietnam.
This course is a continuation of Vietnamese Language IB. In this level, the four language skills (listening, speaking, reading and writing) will
be enhanced to enable the students to communicate effectively in specific contexts. Students will also be exposed to skills in reading and
comprehension, as well as composing essays in Vietnamese.
AIF2009
Ekonomi Maritim di Asia Tenggara
Maritime Economy in Southeast Asia
Kursus ini membincangkan secara umum tentang sektor ekonomi maritim di Asia Tenggara yang terletak di bawah kategori sektor
perkhidmatan yang memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan ekonomi negara-negara Asia Tenggara. Bahagian pertama
kursus ini akan menjelaskan kepentingan dan sumbangan sektor ekonomi maritim di negara-negara Asia Tenggara. Bahagian kedua
akan membincangkan perkembangan dua sektor ekonomi maritim utama iaitu pelancongan maritim dan pelabuhan dalam
pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara Asia Tenggara. Bahagian ketiga kursus ini akan mengkaji sinergi kerjasama antara
kerajaan dan swasta dalam merangsang pembangunan sektor ekonomi maritim di Asia Tenggara terutama dari segi modal, kepakaran
dan teknologi. Bahagian terakhir kursus ini akan mengkaji cabaran dan mekanisme ke arah mencapai pembangunan mampan
dalamsektor ekonomi maritim di Asia Tenggara seperti keselamatan, persekitaran yang kondusif dan perubahan cuaca (SDG 17.16).
This course discusses the development of maritime economy sector which is categorized under the service sector that contributes
significantly to Southeast Asian economies.The first part of the course will explain the importance of maritime economy sector in
Southeast Asian countries. The second part of the course will discuss the two important maritime economy sectors such as maritime
tourism and port in economic and social development of Southeast Asia. The third part of the course will study the synergy between
government and private sectors in forming cooperation to enhance the maritime economy sector mainly in finance, expertise and
technology. The final part of the course will analyze the challenges and mechanisms towards achieving sustainable development in
maritime economy sector in Southeast Asia such as safety and condusive environments and climate change. (SDG 17.16 )