Page 132 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 132

Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis


     AIF2025
     Kaedah Penyelidikan
     Research Methodology


    Kaedah penyelidikan merupakan satu alat penting untuk merencana dan menjalankan sesuatu kajian sains sosial. Kursus ini akan meninjau dan
    memberikan gambaran ke atas teknik-teknik dan orientasi yang digunakan dalam penyelidikan dan analisis kritikal terutamanya dalam bidang
    penyelidikan  sains  sosial.  Penekanan  diberikan  kepada  aplikasi  penyelidikan  untuk  memahami  fenomena  sosial.  Penekanan  juga  diberikan
    kepada  penyediaan  cadangan  penyelidikan  yang  berkualiti  dan  pemilihan  teknik  pensampelan  yang  sesuai,  instrumen  pengumpulan  data,
    kaedah analisis data, interpretasi hasil penyelidikan dan penulisan laporan. Pelajar juga akan mempamerkan etika penyelidikan dalam setiap
    tahap penyelidikan.

    Research  methodology  is  an  indispensable  tool  in  social  science  research.  This  course  illustrates  various  techniques  and  orientations  used  in
    research and critical analysis especially in the field of social sciences. Focus is given on the research application to comprehend social phenomena.
    Emphasis  is  also  given  to  the  preparation  of  quality  research  proposal  and  the  selection  of  appropriate  sampling  techniques,  data  collection
    instruments, data analysis tools, interpretation of research results and report writing. Students will also have awareness regarding research ethics
    at various stages of conducting research.



     AIF2015
     Bahasa Vietnam IIB
     Vietnamese Language IIB


     Pada peringkat ini pelajar didedahkan kepada teks-teks kefahaman, penggunaan kata-kata bahasa Vietnam, contohnya penjodoh bilangan,
     kata lawan, kata berhubung, terminologi, dan struktur ayat yang lebih kompleks. Pelajar dilatih menulis karangan pendek, menterjemah dan
     memberi pendapat dalam perbincangan terkawal.

     At  this  level,  students  are  introduced  to  comprehension  passages,  usages  of  Vietnamese  words  such  as  quantifier  phrases,  antonyms,
     conjunctions,  terminology,  and  structure  of  sentences  that  is  more  complex.  Students  learn  to  write  short  essays,  do  translations  and  give
     opinions during discussions


      AIF3003
      Etnisiti, Identiti dan Politik Minoriti Asia Tenggara
      Ethnicity, Identity and Politics of Minorities in Southeast Asia


    Kursus ini akan mengkaji isu berkaitan golongan minoriti di Asia Tenggara dalam tiga bahagian. Bahagian pertama memperkenalkan konsep
    berkaitan politik minoriti di Asia Tenggara. Seterusnya, perbincangan mengenai isu, faktor dan pelbagai perspektif berkaitan politik minoriti
    akan  diteliti  menerusi  beberapa  kajian  kes.  Kategori  pertama  kajian  kes  merangkumi  golongan  etnik  dan  agama  seperti  etnik  Karen  dan
    Rohingya (Burma), Melayu (Thailand), Moro (Filipina), Cham (Vietnam) dan Kristian Minahasa (Indonesia). Kategori kedua pula membincangkan
    golongan  minoriti  pribumi  (Borneo)  dan  migran  Cina  dan  India  di  Asia  Tenggara  dengan  mengaitkan  faktor  sejarah  dan  proses  pembinaan
    negara  bangsa  terhadap  status  semasa  golongan  minoriti  ini.  Bahagian  ketiga  kursus  ini  memfokus  kepada  aspek  resolusi  konflik  seperti
    autonomi, kedaulatan separa, perundangan dan pelbagai pendekatan lain. Seterusnya, polisi kerajaan-kerajaan Asia Tenggara dan peranan
    agensi antarabangsa dalam mewujudkan suasana keterlibatan yang inklusif bagi golongan minoriti di Asia Tenggara akan dikaji.


    The course will examine issues related to minorities in Southeast Asia in 3 parts. The first part introduces concepts related to politics of minorities
    in Southeast Asia. This will be followed with a discussion of issues, causes and various perspectives related to the politics of minorities through an
    examination of various case studies. The first category of case studies refer to ethnic and religious minorities such as the Karen and Rohingya
    (Burma),  Malay  (Thailand),  Moro  (Filipina),  Cham  (Vietnam)  and  Minahasa  (Indonesia).  The  second  category  discusses  indigenous  minorities  in
    Borneo  and  migrant  minorities  namely  the  Chinese  and  Indians  in  Southeast  Asia,  linking  historical  factors  and  the  process  of  nation-  state
    formation to their present status in Southeast Asian nation states. The third part focuses on conflict resolution by examining autonomy, partial
    sovereignty, legal recognition and other approaches for conflict resolution. Following this, the course evaluates existing state policies and role of
    international agencies in creating an inclusive and participatory environment for minorities in Southeast Asia. Towards attaining sustainable peace
    and inclusiveness of minorities in Southeast Asia.
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137