Page 137 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 137
164
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AIF3028
Pasaran Buruh di Asia Tenggara
Labour Markets in Southeast Asia
Kursus ini akan mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan buruh dan perburuhan di Asia Tenggara. Tajuk-tajuk yang akan diliputi ialah
petunjuk-petunjuk pasaran buruh, permintaan dan penawaran buruh, pola guna tenaga buruh, masalah pengangguran, kemiskinan dan
agihan pendapatan. Permasalahan buruh kanakkanak, buruh wanita serta buruh asing juga akan dibincangkan. Peranan ILO, buruh dan
kesatuan sekerja, kerjasama serantau untuk pembangunan sumber manusia serta kesan R4.0 ke atas pasaran buruh juga akan dikaji.
This course will explore aspects pertaining to labour and labour issues in Southeast Asia. Topics that are covered include labour market
indicators, demand and supply of labour, patterns of employment, problem of unemployment, poverty and income distribution. Problems
related to child labour, female labour and foreign labour in Southeast Asian countries will also be discussed. The role of International Labour
Organization (ILO), labour and trade unions, regional co-operation for human resource development and the impact of IR4.0 on Labour
market will also be explored
AIF3029
Warisan Asia Tenggara
Heritage of Southeast Asia
Asia Tenggara kaya dengan peninggalan warisan budaya yang sangat unik. Warisan ketara dan tidak ketara yang terdapat di Asia Tenggara
kebanyakannya lahir daripada penciptaan dan penghasilan budaya masyarakat di Asia Tenggara beberapa abad yang lalu. Pengiktirafan
oleh badan-badan dunia terhadap warisan budaya ketara dan warisan budaya tidak ketara dalam senarai warisan dunia telah
meningkatkan kesedaran masyarakat dan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara untuk memulihara, memelihara serta melestarikan warisan
budaya tersebut. Kursus ini dibahagikan kepada empat bahagian di mana bahagian pertama akan menerangkan konsep-konsep utama
warisan dan tradisi. Bahagian kedua akan menghuraikan pelbagai warisan dan tradisi yang berpengaruh di Asia Tenggara. Bahagian ketiga
kursus akan menghuraikan polisi dan peranan pemerintah di negaranegara Asia Tenggara terhadap pemulihan dan pemeliharaan warisan
serta penerusan tradisi yang terdapat di Asia Tenggara. Manakala bahagian akhir kursus akan menjelaskan peranan pelbagai agensi dalam
melaksanakan program pemulihan dan pemeliharaan warisan serta penerusan tradisi yang terdapat di Asia Tenggara.
Southeast Asia has a rich and unique cultural heritage. Tangible and intangible cultural heritage in Southeast Asia is a result of the creation and
production of culture by Southeast Asian societies a few centuries ago. The recognition given by world organisations to tangible and intangible
heritage in the world heritage list has enhanced the awareness of societies and governments in Southeast Asia in conserving, preserving and
maintaining cultural heritage. This course is divided into four parts in which the first part will explain major concepts of heritages and traditions.
The second part will describe the influential heritage and traditions in Southeast Asia. The third part will describe the policies and the role of
governments of Southeast Asian countries in restoring and preserving heritages as well as continuing traditions in the region. The last part of the
course will explain the role of various agencies in the implementation of programs to restore and preserve heritage as well as to continue
traditions in Southeast Asia.