Page 133 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 133

Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis





       AIF3009
       Migrasi dan Pembangunan di Asia Tenggara
       Migration and Development in Southeast Asia

       Kursus  ini  bertujuan  untuk  memberi  pemahaman  tentang  kajian  sosiologi  penggunaan  dan  gaya  hidup.  Perbincangan  kursus  akan
       merangkumi hal-hal berkaitan dengan aspek ketidaksamaan dengan mengambil kira bukan sahaja aspek perbezaan dalam pendapatan,
       tetapi juga perbezaan dalam pemerolehan barangan dan perkhidmatan yang di bayar daripada pendapatan yang diperolehi, kekayaan
       yang dimiliki mahupun wang yang dipinjam (iaitu ketidaksamaan penggunaan). Kursus ini juga akan meneliti pelbagai dimensi (contohnya
       budaya,  pakaian,  muzik)  dalam  mengenalpasti  bagaimana  aspek  gaya  hidup  dan  amalan  kepenggunaan  golongan  miskin  adalah
       berbeza daripada golongan kaya.

       This  course  aims  to  provide  students  with  sound  knowledge  and  understanding  of  the  sociological  study  of  consumption  and  lifestyle.
       Discussion in this course covers issues related to understanding inequality by considering not only differences in people’s income, but also
       differences in the goods and services they purchase with their income, wealth and borrowed money (i.e consumption inequality). The course
       will also review the various dimensions (e.g. cultural, clothing, music) of how different are the lifestyles and consumption practices of the
       poor from those of the rich.






      AIF3013
      Asia Tenggara dalam Ekonomi Global
      Southeast Asia in a Global Economy

      Kursus ini akan mengkaji ekonomi terbuka negara-negara Asia Tenggara. Bahagian pertama kursus ini menekankan aspek teori-teori,
      konsep-konsep dan isu-isu yang berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. Tajuk-tajuk yang akan diliputi termasuklah teori-teori
      perdagangan  antarabangsa,  sebab-sebab  perdagangan  antarabangsa  berlaku  antara  negara,  polisi  perdagangan  antarabangsa(dari
      segi sekatan perdagangan dan liberalisasi perdagangan) serta imbangan dagangan. Bahagian kedua kursus ini pula akan menekankan
      kepada  pelbagai  aspek  pergantungan  ekonomi  Asia  Tenggara  kepada  ekonomi  global.  Bahagian  ketiga  kursus  ini  pula  akan  meneliti
      pelbagai aspek kerjasama ekonomi dalam konteks bilateral dan multilateral. Tajuk-tajuk yang akan diliputi dalam bahagian ini ialah
      kerjasama  ekonomi  serantau  dan  sub-serantau  (AFTA,  IMT-GT,  IMS-GT,  BIMP-EAGA  dan  sebagainya)  dan  kerjasama  ekonomi  dunia
      (APEC,  TPP  dan  sebagainya).  Akhir  sekali  peranan  institusi  antarabangsa  (GATT,  Uruguay  Round,  WTO,  IMF  dan  World  Bank)  dalam
      pembangunan ekonomi di Asia Tenggara juga akan dibincangkan.


      This course will analyze the open economy of Southeast Asian countries. The first part of this course will focus on the theoretical aspects
      and  issues  related  to  international  trade.  Topics  that  will  be  covered  include  international  trade  theories,  reasons  for  trade  between
      countries, international trade policy (from the perspective of trade barriers and trade liberalisation) and balance of trade. The second part
      of this course will discuss various aspects of economic dependence of Southeast Asian countries to the global economy, intra- ASEAN trade
      and trade of ASEAN with other countries. The third part of this course will focus on various aspects of economic co-operation in the context
      of bilateral and multilateral relationship. Topics that will be covered in this part include regional economic co-operation and sub-regional
      economic  co-operation  (AFTA,  IMT-GT,  IMS-  GT,  BIMP-EAGA  etc.)  and  world  economic  cooperation  (APEC,  TPP  etc).  Finally,  the  roles  of
      international institutions (GATT, Uruguay Round, WTO, IMF and World Bank) in the economic developmen of Southeast Asia will also be
      discussed.
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138