Page 138 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 138

Sinopsis Kursus Elektif / Elective Courses Synopsis

     AIF1012
     Pembangunan Perusahaan dan Enterprais Kecil dan Sederhana di Asia Tenggara
     Development of Small and Medium Industry and Enterprise in Southeast Asia



     Kursus ini memberi pendedahan pada pelajar tentang pembangunan perusahaan dan enteprais kecil dan sederhana (PEKS) di rantau Asia
     Tenggara. Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama menyentuh tentang aspek mikro PEKS. Tajuk-tajuk yang akan
     diliputi  dalam  bahagian  ini  ialah  definisi,  perkembangan  dan  prospek  PEKS,  pembangunan  sektor  pembuatan  dan  perkhidmatan  di  Asia
     Tenggara,  pembangunan  francais,  strategi  pemasaran  PEKS,  analisis  industri,  usahawan  dalam  era  globalisasi  dan  penglibatan  wanita
     dalam PEKS. Bahagian kedua kursus ini adalah berkaitan dengan aspek makro. Tajuk-tajuk yang akan diliputi dalam bahagian kedua ialah
     pembangunan perindustrian di Asia Tenggara yang mana merangkumi dasar pembangunan dan program pembangunan PEKS, sumbangan
     dan pengantarabangsaan PEKS serta isu- isu semasa berkaitan dengan pembangunan PEKS di Asia Tenggara.

     This course provides exposure to the students regarding the development of small and medium industries and enterprises(SMIEs) in Southeast
     Asia. This course is divided into two sections. The first section explores the micro aspect of those entities. Topics covered in this section include
     definition, growth and prospects of SMIEs, the development of manufacturing and services sector in Southeast Asia, franchise development,
     marketing  strategies  of  SMIEs,  industrial  analysis,  entrepreneurs  in  the  globalization  era  and  involvement  of  women  in  SMIEs.  The  second
     section of this course covers the macro aspect of those entities. Topics covered include industrial development in Southeast Asia encompassing
     SMIE development policies, SMIE development programs, contribution and internationalization of SMIEs and current issues related to SMIEs
     development in Southeast Asia.


     AIF1013
     ASEAN dalam Dunia Global
     ASEAN in a Globalised World


     Kursus ini menjelaskan penubuhan dan perkembangan ASEAN dalam konteks dunia global. Bahagian pertama kursus ini memberi tumpuan
     kapada faktor dalaman dan luaran yang telah mendorong kepada penubuhan ASEAN. Ia juga menerangkan norma-norma dan nilai-nilai
     yang terkandung dalam “ASEAN way” dan “ASEAN Centrality”. Bahagian kedua menjelaskan secara terperinci tentang ASEAN Charter dan
     ASEAN  Community  serta  perkembangan  institusi  ASEAN  yang  berkaitan.  Seterusnya,  kursus  ini  membincangkan  cabaran  dan  isu  yang
     dihadapi oleh ASEAN ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

     This course explains the formation and development in the context of a globalised world. The first part of the course focuses on the internal
     and external factors that led to the formation of ASEAN. It also explains the norms and values contained in the “ASEAN way” and “ASEAN
     Centrality”. The second part discusses in detail the ASEAN Charter and ASEAN Community as well as the development of the related ASEAN’s
     institutions. The next part discusses the challenges and issues that ASEAN encountered towards the achievement of Sustainable Development
     Goals (SDG).


     AIF1014
     Emporium Asia
     Asian Emporiums

     Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep dunia Monsun Asia yang merentas masa. Konsep ini sinonim dengan kepelbagaian dan
     dinamika  rantau  yang  dipanggil  Monsun  Asia  (Asia  Tenggara  pada  masa  kini).  Evolusi  pengintegrasian  rantau  Asia  Tenggara  akan
     dijelaskan melalui konsep Emporium Asia dengan merujuk kepada elemen geografi, budaya, perdagangan, perkapalan dan perkembangan
     emporium  perdagangan  di  rantau  ini.  Kepelbagaian  bahasa,  kesusasteraan,  budaya  popular  dan  keseniaan  juga  menunjukkan  aspek
     diversiti  rantau  ini.  Pertembungan  di  kalangan  masyarakat  pelbagai  budaya  dan  agama  di  rantau  ini  membawa  kepada  kedinamikan
     multikultural rantau ini..


     This course introduces students to the world of Monsoon Asia. The concept of Asian Emporiums is used to explain the interconnectedness of
     this region through trade and the meeting of diverse peoples and cultures. The course begins with a discussion of the geography and cultural
     elements  of  Monsoon  Asia.  It  will  then  explain  the  growth  of  trade,  shipping  and  trade  emporiums  that  established  the  cosmopolitan
     communities in the region. The languages, literature, popular culture and the arts of the people of the region will be examined to underscore
     the diversity of cultures, customs, norms and values present in the region. The ensuing dialogue among the region’s different peoples, cultures
     and religions provided for the plural and multicultural dynamics of the region.
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143