Page 141 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 141
Sinopsis Kursus Elektif / Elective Courses Synopsis
AIF2019
Budaya dan Masyarakat Asia Tenggara
Culture and Society In Southeast Asia
Kursus ini memperkenalkan budaya sosio- politik masyarakat di Asia Tenggara dengan merujuk kepada kes-kes khusus dari setiap negara di
rantau ini. Konsep berkaitan sosio- politik seperti kuasa, legitimasi kerajaan dan pemimpin serta persamaan elemen budaya yang
diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara akan dikaji. Amalan agama teras iaitu Buddhisme di Kebenuaan dan Islam di Kepulauan Asia
Tenggara serta amalan pelbagai Adat di kalangan masyarakat rantau ini turut diberi perhatian. Adaptasi dalam amalan budaya sosio-
politik akibat daripada pelbagai faktor luaran seperti pengaruh peradaban India, Cina, Islam dan kolonialisasi juga dijelaskan dalam kursus
ini. Implikasi pertembungan dengan faktor luaran ini yang membawa kepada pelbagai variasi dan sinkretisme dalam amalan budaya
masyarakat Asia Tenggara.
The course introduces students to socio-political cultures of communities in Southeast Asia with references to specific case studies from each
Southeast Asian country. Key concepts related to socio-politics namely power, legitimacy, leadership and commonalities in the culture of
Southeast Asian society will be discussed. Core religions namely Buddhism in mainland and Islam in island Southeast Asia as well as cultural
practices and law such as the Adat among the people of the region will also be examined. The course also discusses adaptations to local socio-
political cultures as a result of various external influences including Indian and Chinese civilizations, Islam and western colonisation. These
consequently led to the multiple variations and syncretic practices and hybridization in the cultures of societies in Southeast Asia.
AIF2021
Pembangunan Politik di Asia Tenggara
Political Development in Southeast Asia
Bahagian pertama kursus ini akan menjelaskan teori-teori yang berkaitan dengan pembangunan politik. Fokus akan diberikan kepada teori
modenisasi dan alternatif lain yang boleh menjelaskan pembangunan politik di Asia Tenggara. Kursus ini juga akan menghuraikan proses
pendemokrasian di negara–negara Asia Tenggara. Tumpuan diberikan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan politik di
rantau ini seperti peranan budaya politik, struktur tradisional, sistem kepercayaan dan konflik etnik di Asia Tenggara. Di bahagian akhir
kursus ini akan menghubungkaitkan teori pembangunan politik dengan masalah seperti cabaran dan kekangan dalam pembangunan politik
di Asia Tenggara.
The first part of the course will explain theories related to political development. The focus will be on modernisation theory and other
alternative theories that can explain political development in Southeast Asia. The course will also describe the process of democratisation in
the countries of Southeast Asia. Focus will also be given to the factors that influence political development in the region such as the role of
political culture, traditional structures, systems of belief and ethnic conflict in Southeast Asia. In the end, the course will relate the theory of
political development with problems such as challenges and constraints in the political development in Southeast Asia.