Page 146 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 146

Sarjana Muda Pengajian Asia Timur
                                     Jabatan Pengajian Asia Timur



                                     Bachelor of East Asian Studies
                                   Department of East Asian Studies



                Jabatan  Pengajian  Asia  Timur,  Fakulti  Sastera  dan  Sains  Sosial,  Universiti  Malaya  merupakan  satu-satunya  jabatan  di  universiti  awam

      Malaysia yang menawarkan kursus multidisiplin dan komprehensif bagi program China, Jepun dan Korea. Jabatan ini bermula dari tertubuhnya
      Rancangan Pengajian Jepun pada tahun 1993 dan dinaik taraf kepada Jabatan pada tahun 1996. Sehingga sekarang jabatan telah melahirkan

      alumni  yang  berkhidmat  di  sektor  awam,  swasta  dan  pemilik  perniagaan  sendiri.  Penubuhan  Jabatan  Pengajian  Asia  Timur  adalah  berikutan
      timbulnya kesedaran tentang kepentingan rantau tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial kepada Malaysia. Tambahan lagi rantau tersebut
      juga merupakan pusat pembangunan ekonomi yang dinamik dan paksi perniagaan dan perdagangan antarabangsa yang berkembang pesat yang

      berpotensi mewujudkan peluang perdagangan dan hubungan antarabangsa yang aktif. Oleh itu penubuhan jabatan ini merupakan satu strategi
      untuk  melahirkan  modal  insan  yang  dapat  menyumbang  kepakaran  berkaitan  satu-satu  negara  khasnya  dan  wilayah  Asia  Timur  amnya.  Dari

      perspektif yang lebih luas, pelajar yang dihasilkan mempunyai pemikiran global dan pada masa yang sama masih lagi berpijak pada bumi yang
      nyata.    Sejajar  dengan  matlamat  untuk  menghasilkan  modal  insan  tersebut,  setiap  program  menawarkan  kursus  bahasa  dan  negara  yang
      mencakupi  bidang  politik,  ekonomi,  sosial,  budaya,  pengurusan  dan  hubungan  antarabangsa  kontemporari.  Bagi  mengukuhkan  kompetensi

      pelajar,  kursus  wilayah  Asia  Timur  yang  mengintegrasikan  hubungan  ketiga-tiga  negara  juga  ditawarkan  Selain  itu,  bagi  memastikan
      kerelevanan, dinamik dan kompetitif, kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Asia Timur dinilai dengan teliti setiap lima tahun dengan

      mengambil kira pandangan setiap pemegang taruhan seperti pakar dari dalam dan luar negara, majikan, alumni, pelajar dan dalam kalangan
      pensyarah sendiri.  Manakala dari segi tenaga pengajarnya pula, kesemuanya adalah dalam kalangan mereka yang pakar dalam bidang masing-
      masing  sama  ada  tempatan  atau  antarabangsa.  Malahan  mereka  juga  mempunyai  pengetahuan  mendalam  dalam  menjalankan  penyelidikan

      yang berkeupayaan membimbing pelajar sejajar dengan taraf Universiti Malaya sebagai universiti penyelidikan terulung di Malaysia.



                Department  of  East  Asian  Studies,  Faculty  of  Arts  and  Social  Sciences,  University  of  Malaya  is  the  only  department  in  a  Malaysian  public
      university offers multidisciplinary and comprehensive courses on China, Japan and Korea. Initially it started with the establishment of the Japan
      Studies Program in 1993 and later was upgraded to a department in 1996. Until today, the department has produced hundreds of professionals

      who serve in the public and private sectors as well as some who are owners of businesses. The department was established due to the awareness of
      the importance of the East Asian region politically, economically and socially to Malaysia. In addition, the region is also a centre for dynamic

      economic development and rapidly growing international trade and commerce. Therefore, the region has the vast potential to create active trade
      opportunities and international relations with Malaysia. Additionally, the establishment of this department was strategically designed to produce
      human capital that would contribute expertise related to one of the East Asian countries in particular and the East Asian region in general. From a

      broader  perspective,  stude  by  the  department  are  expected  to  have  a  global  mindset  and  at  the  sJaampea  tnimees  ea  re  still  down  to  the
      earth.department  offers  lan  well  as  courses  on  coneconomy,  social,  cultural,  management  and  international  relations.  courses  that  integrate

      inAtegr-rricelualtiuornasl of the three countries are also Aofpfeprleicda. In order to ensure the relevancy, dynamic and competitive of the course,
      Department of East Asian Studies are carefully evaluated every five years, taking into account the views of each stakeholder, such as experts from

      within and outside of Malaysia, employers, alumni, students and lecturers. While in terms of teaching, our staff are experts in their respective fields
      locally or internationally. Indeed, they also possess in-depth knowledge in conducting research that is able to guide students in line with the status
      of the Universiti Malaya as a leading research university in Malaysia.
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151