Page 144 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 144
Sinopsis Kursus Elektif / Elective Courses Synopsis
AIF3017
Pelancongan Kebudayaan Asia Tenggara
Cultural Tourism in Southeast Asia
Pelancongan kebudayaan menjadi salah satu sektor utama yang memberi sumbangan pendapatan yang lumayan kepada kebanyakan
negara-negara di Asia Tenggara. Kursus ini akan membincangkan secara mendalam tentang pembangunan pelancongan kebudayaan yang
dijalankan oleh negara-negara Asia Tenggara. Bahagian pertama kursus ini akan membincangkan tentang konsep- konsep pelancongan
kebudayaan serta sejarah perkembangan pusat-pusat pelancongan kebudayaan di rantau Asia Tenggara. Bahagian kedua perbincangan
akan difokuskan kepada aktiviti-aktiviti pelancongan kebudayaan dan menilai sumbangannya terhadap pembangunan negara-negara Asia
Tenggara. Bahagian ketiga kursus ini akan menganalisis polisi dan usaha pihak pemerintah negaranegara Asia Tenggara dalam
membangunkan pelancongan kebudayaan di negara masing-masing. Bahagian akhir kursus ini adalah penyediaan laporan berasaskan
kajian lapangan di salah sebuah lokasi pelancongan kebudayaan di Asia Tenggara.
Cultural tourism is one of the primary sectors that generate lucrative income for Southeast Asian countries. This course will discuss in depth
the development of cultural tourism under the patronage of respective Southeast Asian governments. The first part of this course deals with a
discussion of cultural tourism concepts in Southeast Asia. The second part focuses on cultural tourism activities and evaluates resources and
its contribution to the national development in Southeast Asia. The third part deals with the analysis of policies of Southeast Asia
governments on the development of cultural tourism in Southeast Asian countries. The final part of the course involves writing a research
report based on research at any one of the cultural tourism centres located in Southeast Asia.
AIF3018
Ekonomi Politik Asia Tenggara
Political Economy of Southeast Asia
Kursus ini akan menjelaskan konsep- konsep utama dalam bidang ekonomi politik. Penekanan akan diberi kepada peranan pihak
pemerintah dalam ekonomi negara-negara Asia Tenggara. Kursus ini juga akan menerangkan hubungan antara politik dan ekonomi
khususnya dalam isu perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Pada bahagian akhir kursus, polisi mampan bagi ekonomi politik
yang telus di negara-negara Asia Tenggara akan dijelaskan.
The course will introduce some major concepts in the field of political economy. Emphasis will be given on the role of government in the
process of development and to identify the connection between politics and economy especially on trade, investment, and economic
development .The final part of the course will review selected political and economic issues of governance in Southeast Asia. An evaluation of
sustainable policies for an accountable political economy in Southeast Asia will also be discussed.
AIF3019
Alam Sekitar dan Pembangunan di Asia Tenggara
Environment and Development in Southeast Asia
Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada konsep-konsep dan teori-teori berkaitan alam sekitar dan pembangunan. Selain itu, kursus
ini juga akan menghubungkaitkan sistem-sistem alam sekitar yang utama dengan objektif pembangunan mampan di Asia Tenggara. Isu-isu
alam sekitar yang utama di rantau Asia Tenggara yang berpunca daripada pembangunan yang tidak seimbang akan disiasat dan dipetakan
datanya bagi melihat bagaimana ia berlaku. Topik akhir kursus ini adalah berkaitan dengan usaha-usaha pihak kerajaan dan bukan
kerajaan di Asia Tenggara untuk menyelesaikan masalah-masalah alam sekitar demi mencapai pembangunan mampan.
This course will expose students to concepts and theories related to environment and development. In addition, the course will also link key
environmental systems with sustainable development objectives in Southeast Asia. Major environmental issues in the Southeast Asian region
due to developmental imbalance will be investigated and mapped to observe their occurrence pattern. The final topic of this course will be on
the efforts of governments and nongovernmental parties in Southeast Asia to address environmental issues in order to achieve sustainable
development.