Page 180 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 180

AIG3023
      Hubungan Jepun-ASEAN
      Japan - ASEAN Relations

      Kursus  ini  membincangkan  evolusi  hubungan  negara-negara  ASEAN  dengan  Jepun  sejak  tahun  1967  dan  menilai  signifikasi  Jepun
      dalam  pembangunan  ekonomi,  politik  dan  sosial  negara-negara  ASEAN.  Di  antara  tajuk-tajuk  utama  yang  akan  dibincangkan
      termasuklah  hubungan  tidak  rasmi  ASEANJepun  1973,  Doktrin  Fukuda  1977,  Plaza  Accord  1985,  Krisis  Matawang  Asia  1997  serta
      ASEAN+1 yang membawa kepada pengukuhan kerjasama hubungan ekonomi dan pelaburan di bawah kerangka ASEAN+3. Selain itu,
      perbincangan  ke  atas  isu-isu  politik  dan  keselamatan  turut  dibincangkan.  Dalam  bahagian  kedua,  tumpuan  khas  diberikan  kepada
      hubungan bilateral Malaysia-Jepun dari perspektlf perdagangan dan pelaburan, politik dan keselamatan serta sosiobudaya.


      The course discusses the evolution of ties between the ASEAN member countries with Japan since 1967 and evaluates the significance of
      Japan in the economic, political and social development of ASEAN nations. The main topics that will be discussed include the 1973
      informal ASEANJapan ties, 1977 Fukuda Doctrine, Plaza Accord 1985, 1997 Asian Currency Crisis as well as ASEAN + 1 which brought
      about the strengthening of economic and investment ties under the ASEAN +3 framework. Apart from that, security and political issues
      will also be discussed. In the second section, the main focus will be on Malaysia-Japanbilateral relations, from the perspective of trade
      and investments, politics and security as well as socio cultural aspects.






      AIG3024
      Dasar Luar Jepun
      Foreign Policy of Japan

      Kursus ini meneliti evolusi dan rupa bentuk dasar luar Jepun sejak tamat Perang DuniaKedua sehingga kini. Penjelasan akan diberikan ke
      atas  institusi-institusi  domestik  yang  terlibat  dalam  penggubalan  dasar  luar  Jepun  serta  penentu-penentu  dasar  luar  Jepun  seperti
      faktor kekayaan serta kekuatan ekonomi yang membantu Jepun melaksanakan dasar luar yang aktif. Fokus utama diberikan ke atas
      dasar  luar  Jepun  dengan  negara-negara  utama  di  dunia  seperti  Amerika  Syarikat,  Rusia,  Kesatuan  Eropah  dan  negara-negara  Asia.
      Kursus ini juga menghuraikan dasar dan peranan Jepun dalam organisasi-organisasi serantau dan antarabangsa termasuk Pertubuhan
      Bangsa-Bangsa Bersatu, APEC, G8, WTO dan ASEAN+3.

      This course examines the evolution and pattern of Japan’s foreign policy since the end of World War II until today. Explanation will be
      given on domestic institutions involved in the formulation and the determinants of Japan’s foreign policy. The primary focusis on foreign
      policy, particularly Japan’s relations with major countries such as United states, Russia, the EU and Asia. The course also describes the
      policies and Japan’s role in regional and international organizations, including the United Nations, APEC, G8, WTO and ASEAN + 3.
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185