Page 185 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 185

Sarjana Muda Sastera Pengajian India
                                          Jabatan Pengajian India



                                     Bachelor of Arts Indian Studies
                                      Department of Indian Studies




            Jabatan Pengajian India (JPI) sebagai sebuah jabatan tertua melangkaui 65 tahun telah lama menabur bakti dalam menjalankan
         aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penerbitan, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan kepada masyarakat, negara dan luar

         negara  sejak  ditubuhkan  pada  1956  di  bawah  Fakulti  Sastera  dan  Sains  Sosial  di  Universiti  Malaya,  Kuala  Lumpur.  Dalam
         perkembangan  ini,  JPI  telah  merekodkan  pencapaian  ilmu  yang  cukup  mantap  serta  memberi  sumbangan  ke  arah  pembentukan

         masyarakat Malaysia berilmu selaras dengan hasrat Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia khususnya untuk
         memenuhi keperluan dalam bidang pengajian India semasa. Dalam tempoh perkembangan ini, JPI telah menerima dan mengadaptasi

         pelbagai perubahan sejajar dengan keperluan Transformasi Pendidikan Negara. Ini termasuk pengadaptasian kaedah Pembelajaran
         dan  Pengajaran  berasaskan  abad  ke-21  menerusi  ruang  pembelajaran  yang  futuristik  bagi  mewujudkan  pembelajaran  imersif

         berdasarkan pengalaman. Kursus-kursus yang ditawarkan direkabentuk supaya membuka peluang luas kepada para graduan dalam

         mendapatkan  kerjaya  bersesuaian  sama  ada  dalam  sektor  awam  mahupun  swasta.  Ini  termasuk  agensi-agensi  kerajaan  seperti
         Kementerian  Penerangan,  Kementerian  Komunikasi  dan  Multimedia,  Kementerian  Dalam  Negeri,  Kementerian  Luar  Negeri,

         Kementerian Budaya dan Masyarakat (Negeri dan Persekutuan), Kementerian Luar Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian
         Pendidikan, Kementerian Pertanian dan sebagainya. Kekuatan utama Program Pengajian Sarjana Muda Kesusasteraan India terletak

         pada kepakaran dan warisan ilmu yang diabsahkan dalam bidang Tamilogi dan Indologi. Warisan ilmu dalam pelbagai bidang yang
         ditawarkan  di  JPI  menekankan  kepada  penguasaan  terhadap  aspek-aspek  Kesusasteraan  merentasi  zaman  silam  hingga

         kontemporari, Media dan pengaplikasian Tamil dalam konteks keperluan semasa (Bidang Tamilogi); di samping itu, JPI juga memberi
         peluang kepada pelajar menyelami ilmu terhadap aspek-aspek sosio-budaya dan sosio-ekonomi masyarakat India, politik, ekonomi,

         pentadbiran  dan  keagamaan  (dalam  Bahasa  Malaysia  &  Bahasa  Inggeris  (Bidang  Indologi).  Kursus-kursus  Pengajian  India  semasa
         telah direkabentuk untuk memberi pengetahuan mendalam dan menyeluruh terhadap aspek-aspek berkaitan dengan Tamilogi dan

         Indologi. Selain itu, kursus-kursus semasa juga telah diperbaharui untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyelami dan
         menggunakan ilmu dipelajari dalam konteks semasa khususnya dalam bentuk hasil penulisan kritis dan kreatif serta humaniti digital.

         Kedudukan  JPI  di  Fakulti  Sastera  turut  membuka  lembaran  kepada  pelajar  untuk  menerima  ilmu  yang  boleh  diguna  pakai  dalam
         konteks  masyarakat  berbilang  kaum  di  Malaysia  sekaligus  membuka  ruang  luas  kepada  keperluan  graduan  berorientasikan  ilmu

         Tamilogi dan Indologi.  Sejarah perkembangan JPI berserta dengan barisan pensyarah berpengalaman luas dalam bidang akademik

         masing-masing sedia memberi khidmat akademik kepada para pelajar menyelami dan memperkasa ilmu berkaitan dengan Tamilogi
         dan Indologi yang masih mempunyai ruang luas untuk dipelopori di Malaysia.
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190