Page 175 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 175

AIG2028
      Transformasi Sosial Korea
      Social Transformation in Korea


      Kursus  ini  memperkenalkan  aspek-  aspek  utama  yang  membawa  kepada  transformasi  struktur  sosial  Korea  Selatan.  Ia  menilai
      pelbagai  isu  kontemporari  yang  dialami  masyarakat  Korea  Selatan  seperti  isu  gender,  persaingan  sosial,  dan  juga  peningkatan
      kepelbagaian budaya di Korea Selatan. Setiap isu akan dikaji berdasarkan perspektif perbandingan yang seimbang antara sosiologi,
      sejarah  dan  politik.  Pelajar  dikehendaki  membaca  bahan-bahan  bacaan  dari  laman  web  yang  ditetapkan  bagi  meningkatkan
      kefahaman tentang pergerakan masyarakat dan meluaskan perspektif mereka.

      This course aims to introduce the major aspects which has led to the transformation of South Korean social structure. It assess various
      contemporary  issues  that  concern  the  South  Korean  society  such  as  gender  issues,  social  competition,  as  well  as  the  increasing
      multiculturalism in South Korean. Each issue will be studied using a comparative perspective between sociology, history and politics.
      Students are required to read assigned online learning materials for enhancing understanding of social mobility as well as to broaden
      their perspective of the subject matter.



      AIG2029
      Transformasi Sosial di Jepun
      Social Transformation in Japan


      Masyarakat Jepun telah mengalami pelbagai transformasi sosial sejak berabad yang lalu. Transformasi terkini berlaku berikutan era
      globalisasi yang menyebabkan masyarakat Jepun perlu mengadaptasi mengikut perubahan semasa. Kursus ini memuatkan beberapa
      tajuk  berkaitan  transformasi  sosial  seperti  multikultural,  pendidikan,  peningkatan  wargatua  dan  penurunan  jumlah  kelahiran  yang
      memerlukan mereka mengubahsuai cara hidup seperti penggunaan teknologi robotik dalam membantu kehidupan seharian.

      Japanese society has undergone many social transformations over the past centuries. The latest transformation has occurred following
      the  era  of  globalization  that  has  caused  the  Japanese  people  to  adapt  to  the  current  changes.  This  course  covers  a  number  of  topics
      related  to  social  transformation  such  as  multicultural,  education,  ageing  and  declining  birth  rates  that  require  them  to  adapt  their
      lifestyle such as expanding the use of robotic technology in helping their daily lives.





      AIG2030
      Ekonomi Pertanian Jepun
      Agricultural Economy of Japan

      Kursus ini mengkaji tentang sektor pertanian di Jepun. Penekanan diberikan ke atas tradisi serta perubahan teknologi yang digunakan
      oleh petani-petani di Jepun serta sistem pemasaran yang sangat efektif. Antara topik yang bakal disentuh ialah berkenaan dengan
      sejarah pertanian Jepun, perubahan teknologi, trend pertanian organik, kerjasama petani kerajaan, peranan JA, kesan WTO terhadap
      pertanian serta pemasaran hasil pertanian


      This course examines the agricultural sector in Japan. Emphasis is placed on the traditions and technological changes used by Japanese
      farmers  as  well  as  the  highly  effective  marketing  system.  Among  the  topics  to  be  addressed  are  Japanese  agricultural  history,
      technological change, organic farming trends, government- farmers cooperation, JA role, WTO impact on agriculture and marketing of
      agricultural produce..
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180