Page 171 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 171
AIG2013
Proses Modenisasi China
Modernization Process of China
Kursus ini bertujuan memperkenalkan proses modenisasi China yang mempengaruhi perkembangan dan pembentukan China hari ini.
Tumpuan yang lebih ditegaskan adalah pada kekuatan pengadaptasian ciri- ciri moden ke dalam kebudayaan tradisional dimana ciri-
ciri tersebut termasuk ciri-ciri barat dan dari Komunis Soviet. Kursus ini dipercayai dapat menolong membina satu pengenalan asas
terhadap China moden.
This course aims to introduce China’s modernization process which has impacted the development and establishment of contemporary
China. Emphasis is given to the strength of adaptation of modern features into traditional culture whereby those qualities include western
and Soviet Union induced characteristics. It is anticipated that this course will help build a basic introduction to modern China.
AIG2014
Dasar Ekonomi China
Economic Policy of China
Kursus ini memfokuskan dasar ekonomi China dari tahun 1949 sehingga tahun semasa. Penekanan kursus adalah kepada model
pembangunan ekonomi China tahun 1949, rancangan-rancangan pembangunan ekonomi China dan dasar ekonomi tahun 1978 dan
selepasnya. Tumpuan juga diberikan kepada kesan dasar ekonomi China kepada negara lain terutamanya berikutan kemunculan China
sebagai kuasa baru ekonomi dunia.
This course focuses on Chinese economic policies from 1949 till the present. It emphasizes the economic model of 1949, economic
development plans and policies of 1978 and thereafter. The course also stresses the impact of Chinese policies on the international world
as a result of China becoming a new global economic power.
AIG2015
Dasar Ekonomi Jepun
Economic Policy of Japan
Kursus ini mengkaji dasar-dasar ekonomi Jepun terutamanya dasar buruh, kewangan, perindustrian dan dasar hubungan ekonomi
antarabangsa Jepun. Cabaran-cabaran yang Jepun lalui dalam proses pemantapan ekonomi juga dikaji. Selain daripada itu, kursus ini
juga membincangkan bagaimana kerajaan Jepun bekerjasama melalui hubungan bilateral dan multilateral dengan Negara-negara luar
terutamanya G7, NAFTA, ASEAN, APEC dan EU dalam kerjasama ekonomi.
This course examines Japanese economic policies, especially policies pertaining to labour, finance, industry and international economic
relations. The challenges faced by Japan in strengthening its economy is also examined. Apart from that, the course also reflects on how
economically Japan has associated itself bilaterally and multilaterally with foreign counterparts, especially G7, NAFTA, ASEAN, APEC and
EU.