Page 205 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 205

AIH3015
    Kerajaan dan Politik India
    Government and Politics of India



    Kursus  ini  bertujuan  untuk  meneliti  serta  memperkenalkan  sistem  kerajaan  dan  politik  India.  Hal  ini  sudah  pasti  melibatkan
    perkembangan perlembagaan India serta beberapa aspek penting perlembagaan India. Sistem serta struktur kerajaan dan politik India
    akan dibincangkan dalam kerangka perlembagaan India yang lebih luas. Menerangkan hubungan sistem kerajaan dan politik pusat dan
    negeri.  Seterusnya  isu-isu  utama  yang  dihadapi  oleh  India  dalam  bidang  politik  dan  kerajaan  akan  diteliti,  dihurai  dan  dinilai
    berdasarkan  prinsip-prinsip  akademik  supaya  analisis  dan  penulisan  yang  objektif  dapat  dihasilkan  oleh  para  pelajar.  Secara
    keseluhannya kursus ini dapat memberi input kepada pelajar untuk memahami sistem kerajaan dan politik India berdasarkan prinsip-
    prinsip akademik, menulis serta memberi respon kepada isu-isu mengenai kerajaan dan politik India berdasarkan analisis objektif yang
    disokong dengan pendekatan dan pembuktian bersifat ilmiah.


    This course aims at explaining in detail and introducing the Indian government and political system. It involves the evolution of the Indian
    constitution and certain crucial aspects of the Indian constitution. The structure and system of Indian government and politics are discussed
    in the wide ambit of the Indian constiution. Also, this course discusses the relationship of the Indian state and central government. Apart
    from that, the main issues involving politics and government encountered by India are envisaged, elaborated and evaluated on the basis of
    acedmic  principlesso  that  objective  analysis  and  writing  can  be  produced  by  students.  On  the  whole,  this  course  is  expected  to  render
    effective input to students in order to comprehend the Indian government and political system based on academic principles and by means
    of  this  course,  students  are  expected  to  write  and  response  to  the  issues  involving  the  Indian  government  an  politcs  based  on  objective
    analysis supported by academic approach and evidence.






     AIH3321
     Kontemporari India
     Contemporary of India


     Kursus ini menjelaskan latar belakang dan kedudukan Kontemporari India. Perkembangan Sejarah India secara am akan di bincangkan.
     Pendedahan kepada struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya serta isu-isu yang berkaitan dengan Kontemporari India akan dikaji.


     This  course  introduces  the  background  and  current  status  of  contemporary  India.  Students  will  be  exposed  to  contemporary  social,
     economic and politic, and cultural development of India. Along this, issues pertaining to them also will be discuss in detail.







     AIH3308
     Kumpulan-Kumpulan Minoriti India Malaysia
     Minority Groups Among Malaysian Indian


     Kursus  ini  memberi  pengenalan  kepada  latar  belakang  kaum  India  pada  amnya  dan  konsep-konsep  minoriti  khususnya.  Latar
     belakang sejarah, ciri-ciri budaya dan kedudukan sosioekonomi kaum Sikh di Malaysia akan diterangkan. Seterusnya komuniti Tamil
     Sri  Lanka  di  Malaysia  dari  aspek  sejarah  kedatangan,  ciri-ciri  budaya,  ekonomi  dan  sosiopolitik  akan  dibincangkan.  Di  samping  itu
     komuniti India beragama Islam dan Kristian dalam kaum India dari aspek sejarah, ciri-ciri kebudayaan, sosioekonomi dan sosiopolitik
     di Malaysia akan diteliti.

     This course gives an introduction to the background of Indians in general and the concepts of the minority Indian groups in Malaysia. It
     also defines the historical background, cultural, economic and social political aspects of the minority Indian groups. It further discusses
     the  Indian  Muslims  and  Indian  Christians.  The  migration  of  the  Sri  Lankan  Tamils  to  Malaya  and  their  cultural,  economic  and  social
     political aspects in Malaysia are also defined.
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210