Page 219 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 219

Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina
                                       Jabatan Pengajian Cina



                                 Bachelor of Arts Chinese Studies
                                  Department of Chinese Studies


             Jabatan  Pengajian  Cina,  Fakulti  Sastera  Dan  Sains  Sosial  ditubuhkan  pada  tahun  1963.  Ia  merupakan  salah  satu  jabatan  yang

       mempunyai 59 tahun sejarah di Fakulti dan berprestij tinggi sebagai sebuah Jabatan Pengajian Cina yang tertua di Malaysia. Objektif
       penubuhan jabatan adalah untuk memelihara, mengajar dan mempromosikan budaya Cina, menterjemah klasik Cina untuk membantu

       kumpulan  etnik  lain  memahami  budaya  Cina,  dan  meningkatkan  tahap  akademik  Sinologi  di  Malaysia  serta  memberi  sumbangan
       kepada  masyarakat.  Sebagai  sebuah  Jabatan  Pengajian  Cina  utama  di  Asia  Tenggara,  jabatan  ini  merupakan  pusat  penting  dalam

       pembelajaran dan penyelidikan Pengajian Cina di rantau ini. Jabatan ini berusaha untuk menjadi institusi alternatif untuk penyelidikan
       Sinologi selain China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Terdapat beberapa pusat penyelidikan telah ditubuhkan atas usaha Jabatan

       Pengajian  Cina  dan  Fakulti  iaitu  Pusat  Penyelidikan  Mimpi  di  Mahligai  Merah,  Pusat  Penyelidikan  Buddhisme  Humanistik,  dan  Pusat

       Penyelidikan  Kesusasteraan  Mahua.  Selain  itu,  Jabatan  ini  juga  membangunkan  hubungan  yang  rapat  dengan  banyak  universiti  luar
       negara, terutamanya di China, Taiwan dan Hong Kong. Ahli akademik dari universiti luar negara sering dijemput untuk memberi seminar

       dan  mengadakan  pertukaran  akademik.  Dalam  program  pengajian  ini,  pelajar  bukan  sahaja  dapat  menceburi  bidang  bahasa  dan
       kesusasteraan Cina malah juga dapat didedahkan dengan bidang masyarakat dan kebudayaan Cina. Kursus Bahasa Cina juga dibuka

       kepada pelajar yang tiada asas dalam Bahasa Cina tetapi hendak mengambil elektif pengkhususan program ini. Melalui program ini,
       pelajar  selain  dapat  mendalami  pengetahuan  dalam  bidang  Sinologi,  pelajar  juga  boleh  mengaplikasikan  kemahiran  yang  dipelajari

       dalam  kehidupan  dan  kerjaya  mereka  dan  menceburi  dalam  bidang  interdisiplin.  Pelajar  juga  akan  berdaya  saing  dalam  bidang
       pengajian Sinologi dari segi teori dan praktikal untuk menggerakkan dan memberi sumbangan ke arah pembangunan masyarakat dan

       negara.  Sehingga  hari  ini,  Jabatan  ini  telah  berjaya  mendidik  pelajar  yang  berkaliber  tinggi.  Terdapat  graduan  Jabatan  yang  kini
       merupakan pensyarah di universiti tempatan seperti UM, UPSI, UiTM, UTAR, NEUC dan lain-lain, mahupun universiti luar negara. Bagi

       graduan yang memasuki industri, ramai yang memainkan peranan penting dalam bidang penterjemahan, penulisan kreatif, pendidikan,
       penerbitan,  pemasaran  dan  lain-lain.  Jabatan  ini  bertekad  untuk  terus  mengukuhkan  pencapaian  akademik  melalui  interaksi

       berwawasan dengan universiti-universiti lain dan industri supaya graduan Jabatan boleh mendapat lebih banyak peluang di institusi-
       institusi pengajian tinggi dan industri-industri lain.
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224