Page 215 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 215
AIH3028
Agama dan Amalan-Amalan Keagamaan Masyarakat India di Asia Selatan
Religions and Religious Practices of Indians in South Asia
Kursus ini memperkenalkan kepelbagaian agama dan praktis-praktis keaagamaaan yang dipraktiskan oleh masyarakat India di Asia
Selatan di luar India. Pengenalan akan diberi kepada mengenali sejarah permulaan agama dan agama Hindu, praktis-praktis
keagamaan dan perayaan- perayaan yang dirayakan oleh masyarakat India di Asia Selatan. Kursus ini juga akan memberi penekanan
kepada prinsip-prinsip utama didukung oleh pelbagai agama diamalkan oleh masyarakat India di Asia Selatan. Keunikkan dan
perbezaan di dalam pempraktikan ini akan diberi penekanan. Pelajar juga akan diberi peluang menghayati kepelbagaian ini melalui
pendedahan yang diberi kepada perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam pempraktikan praktis- praktis keagamaaan
masyarakat India semasa di negara-negara Asia Selatan.
This course offers an overview of diversity of the religions and religious practices of Indians in south Asia, outside of India. The course
allows the students to understand the origin of a religion and the Indian religions, plus their religious practices. Besides introducing
the main religious principles underlying their practices, their uniqueness and differences also will be discussed. Students also will be
introduced with the changes taken places in the religions and the practices that have taken place in the contemporary setting in South
Asia nations.
AIH3029
Kesusasteraan Diaspora Tamil
Tamil Diaspora Literature
Kursus ini menjelaskan latar belakang diaspora India. Sejarah perkembangan Diaspora India secara am akan dihuraikan. Pendedahan
kepada struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya serta isu-isu yang berkaitan dengan Diaspora India di Australia, Asia Tenggara,
Afrika, Amerika dan Eropah akan dikaji.
This course provides an introduction to Tamil Diaspora. Where the description of Tamil Diaspora with their historical background and
development will be discussed mainly together with the status qua of Tamil Diaspora in as far as social, economy, politics, cultural and
other related issues.
AIH3320
Tradisi Ramayana di India dan Asia Tenggara
The Ramayana Tradition In India And South-East Asia
Kursus ini mendedahkan asal usul cerita Rama di India aliran utama tradisi cerita Rama seperti tradisi Sanskrit, Tamil, Benggali,
Hindi, agama Buddha dan Jaina. Ini akan diikuti dengan penelitian tradisi cerita Rama di Asia Tenggara dengan memberikan
tumpuan kepada versi Melayu, Thai, Jawa Kuno, Khmer dan Laos. Seterusnya kajian perbandingan pelbagai versi cerita rama di
India dan Asia Tenggara akan dilakukan. Pelajar akan mengetahui kebudayaan melalui cerita Rama yang boleh dikongsi oleh
masyarakat di India dan Asia Tenggara.
This course exposes the Rama story traditions in India which includes discussion on the main traditions such as Sanskrit, Tamil,
Bengali, Hindi, Buddhist and Jain. This is followed by a study on the traditions of Rama story in South-east Asia - Malay, Thai, Java,
Khmer and Laos versions are studied. A comparison of Indian and South- east Asian traditions is carried out. The aspect of culture as
depicted by Ramayana will be analysed.