Page 214 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 214

AIH3023

     Bahasa Komunikatif Tamil II

     Communicative Tamil II


     Pelajar-pelajar  akan  diperkenalkan  dengan  tatabahasa  Tamil  lisan.  Aturan  subjek,  objek  dan  predikat  dalam  struktur  ayat  akan
     diajar.  Ayat  selapis  dan  ayat  berlapis  akan  diperkenalkan.  Pelajar  akan  digalakkan  untuk  menkonstruk  dan  membaca  ayat-  ayat
     mudah  dan  mengunakkanya  dalam  perucapan.  Petikan  akan  diberi  untuk  menguatkan  kefahaman  pelajar.  Pelajar  akan  dilatih
     berkomunikasi secara lisan.


     Students will be introduced to spoken Tamil grammar. Order of subjects, objects and predicates in sentence structure will be though.
     Simple  and  Complex  sentences  and  their  formations  will  be  thought.  Students  will  be  encouraged  to  construct  and  read  simple
     sentences and use them in their conversation. Excerpts will be given to strengthen students’ understanding. Students will be trained to
     communicate in Tamil.






     AIH3026
     Prinsip-prinsip Asas Agama Hindu
     The Basic Principles of Hinduism


     Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan prinsip-prinsip asas Hinduisme. Pelajar akan didedahkan kepada sejarah serta asal-
     usul perkembangan Hinduisme. Ini akan diikuti dengan penjelasan tentang ajaran asas Hinduisme secara keseluruhan. Pelajar akan
     mengenali  perkembangan  ajaran-ajaran  Hinduisme  yang  saling  bertentangan  tetapi  berpadu  dalam  kepelbagaian.  Pelajar  juga
     akan didedahkan kepada pelbagai mazhab Hinduisme dan ajaran bersifat ‘pan-Indian’. Penilaian dibuat terhadap etika kehidupan
     Hinduisme yang menegaskan keamanan dan kebahagiaan seluruh umat manusia.


     The objective of this course is to introduce the basic principles of Hinduism. Students will be exposed to the history of the development
     of  Hinduism.  This  will  be  followed  by  the  explanations  of  the  basic  teachings  of  Hinduism  as  a  whole.  Students  will  know  the
     teachings  of  Hinduism  clash  with  each  other  but  unity  in  diversity.  Varieties  of  Hinduism  sects  and  ‘pan-indian’  teachings  will  be
     exposed to students. Evaluation will be made on the life ethics of Hinduism which stresses on the peace and happiness of all human
     beings.






     AIH3027
     Masyarakat India Malaysia dan Perubahan Sosial
     Malaysian Indian And Social Change




     Kursus  ini  mengkaji  latar  belakang  masyarakat  dan  perubahan  sosial  India  Malaysia.  Perbincangan  akan  meliputi  aspek-aspek
     seperti  latar  belakang,  ekonomi,  pendidikan,  organisasi  sosial,  sistem  kasta,  amalan  kepercayaan  agama,  sistem  keluarga,  tradisi
     agama, corak pimpinan dan adat resam. Perubahan dan pengubahsuaian yang berlaku dalam kalangan masyarakat India Malaysia
     akan didedahkan.


     The  course  reviews  the  background  of  Malaysian  Indian  and  their  social  changes.  Discussion  will  be  focused  on  the  aspect  of
     background, economics, education, social organization, caste system, practices of religious belief, family system, religious, leadership
     patterns and customs. The changes and adaptation endured by the Malaysian Indian also will be discussed.
   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219