Page 12 - PROSPECTUS_UG_20242025
P. 12

12
          Pendaftaran kursus hendaklah selesai sebelum sesuatu semester bermula. Pelajar yang tidak menyelesaikan
          pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan untuk mengikuti kursus berkenaan.

          Course registration must be completed before a semester begins. Students who do not complete the registration
          within the stipulated period are not allowed to follow the course.

          Pelajar tidak dibenarkan tambah/gugur kursus selepas membuat pengesahan pendaftaran.

          Students are not allowed to add/drop courses after registration confirmation.

          Pendaftaran kursus yang mempunyai prasyarat hanya dibenarkan setelah pelajar lulus kursus prasyarat yang
          ditetapkan dengan memperolehi sekurang-kurangnya gred C.
          Registration for a course with prerequisite is only allowed after the student has passed the prescribed pre-requisite
          course by obtaining at least a grade C.

          Pelajar bertanggungjawab menyemak dan memastikan kod kursus yang didaftar adalah betul. Selepas tamat tempoh
          yang ditetapkan, kursus yang didaftar adalah muktamad dan sebarang pindaan tidak dibenarkan.

          A student is responsible to check and ensure that the course code that is registered for is correct. At the end of the
          prescribed period, the courses that are registered are final and no further changes are allowed.

          Pelajar yang tidak mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan bagi semester berkenaan akan direkodkan sebagai
          Tidak Mendaftar.

          A student who does not register within the prescribed period for the semester concerned will be recorded as Not
          Registered.


      3   KEHADIRAN KELAS / CLASS ATTENDANCE


          Pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan program pengajian
          yang diikuti.

          Students are required to attend all classes and student attendance will be recorded.

          Pelajar yang tidak menghadiri mana-mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dikehendaki memaklumkan alasan
          ketidakhadiran kepada pensyarah beserta dokumen sokongan yang berkaitan.

          A student who does not attend any teaching and learning activities is required to inform the reason for his absence to
          the teacher immediately together with the relevant supporting documents.


     4    PENASIHAT AKADEMIK / ACADEMIC ADVISOR


          Penasihat Akademik bertanggungjawab bagi membantu pelajar dalam pemilihan kursus dan bilangan kredit yang
          pelajar akan ambil sebelum semester bermula; dan memberikan bimbingan kepada pelajar dalam mengatasi masalah
          pembelajaran, jika ada, berdasarkan prestasi pengajian pelajar.

          The Academic Adviser is appointed to guide the student in the planning of the programme of study; assist students
          in course selection and the number of credits students will take before the semester begins; and provide guidance to
          students in overcoming learning problems, if any, based on student academic performance.

          Setiap pelajar akan diperuntukkan seorang (1) Penasihat Akademik oleh Jabatan/ Rancangan mengikut program
          pengajian masing-masing. Pelajar perlu berjumpa dengan Penasihat Akademik masing-masing sekurang-kurangnya
          dua (2) kali pada setiap semester.

          Each student will be allocated one (1) Academic Advisor by the Department/ Plan according to their respective study
          programs. Students must meet with their respective Academic Advisors at least one (1) time per semester.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17