Page 12 - TINTA HEPA - FEB
P. 12
BETAS:
PENGAJARAN
BAHASA
INGGERIS
MELALUI
TEATER
Berlangsung buat kali kedua,
Bestari English Theatre Appreciation
Showcase atau lebih dikenali sebagai
BETAS adalah merupakan projek dibawah
kelolaan Jawatankuasa Kerja dan
Perkembangan Kesenian dan Kreatif,
Kolej Kediaman Keempat, Universiti
Malaya. Projek kesenian ini mengangkat
seni persembahan teater dengan
memberi penekanan kepada elemen
penggunaan Bahasa Inggeris dalam
membuat persembahan. Projek yang
berjalan selama dua hari ini, disertai oleh
para penggiat seni persembahan teater
yang terdiri daripada pelbagai peringkat
umur. Projek ini masih menerapkan nilai
serta mesej yang sama iaitu kepentingan
terhadap penggunaan bahasa
Inggeris lebih – lebih lagi menerusi seni
pesembahan teater.
Berbekalkan azam yang tinggi, minat yang mendalam serta
nilai kreativiti yang ada, BETAS 2017 telah membawakan
empat buah persembahan secara berturutan yang berjaya
memukau serta membuka minda penonton. Persembahan
yang terdiri daripada pelbagai genre ini telah dipertontonkan
selama 2 jam pada 7 dan 8 Februari yang lalu bermula pada
pukul 8 malam bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti
Malaya.
Pada tahun ini, BETAS berkongsi matlamat yang sama dengan
salah sebuah syarikat yang cukup terkenal dalam bidang
seni persembahan teater iaitu Enfiniti Academy of Musical
Theatre and Entertainment Arts. Sebuah syarikat dibawah
naungan Puan Seri Tiara Jacquelina. Selain daripada itu,
BETAS juga telah mendapat kerjasama daripada pelbagai
pihak seperti Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya, Pengetua Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya, Prof.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Madya Dr. Jal Zabdi Mohd Yusoff berkata, “tidak asing lagi
Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) dalam menjayakan bagi Kolej Kediaman Keempat dalam penglibatan terhadap seni
lagi projek pada tahun ini. persembahan teater kerana Kolej Kediaman Keempat juga telah
menghasilkan pelbagai karya seni persembahan teater untuk
Dalam usaha merealisasikan tema pertunjukkan pada tahun pertandingan teater di peringkat universiti. Tambahan pula, ini
ini iaitu “English of Future”, BETAS menampilkan barisan adalah penganjuran kali pertama persembahan teater di dalam
penggiat seni persembahan teater yang terdiri daripada format bahasa Inggeris, bukan di peringkat kolej sahaja malah
para pelajar Sekolah Kebangsaan Convent (II) Bukis Nanas, di peringkat Universiti Malaya juga. Selain daripada idea untuk
seterusnya para pelajar Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, menyebarkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan
Putrajaya, diikuti dengan para pelajar Fakulti Bahasa Moden bahasa Inggeris, BETAS adalah sangat bermanfaat kerana para
dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan akhir pelajar dapat turut sama belajar pelbagai kemahiran serta
sekali para pelakon yang mewakili The Ligthers Production. mendapatkan pendedahan terhadap tatacara pengurusan
produksi teater itu sendiri”.