Page 10 - TINTA HEPA - FEB
P. 10

UiTM
                                                                                            MENJUARAI
                                                                                   DEBAT TERBUKA
                                                                                   ASTAR





                                                                         Pasukan     pendebat    daripada    Universiti
                                                                         Teknologi  Mara  (UiTM)  membuat  warganya
                                                                         bangga  dengan  menjadi  Johan  buat  kali
                                                                         pertamanya  dalam  Pertandingan  Debat
                                                                         Terbuka ASTAR selepas 20 kali penganjurannya.
                                                                         Pertandingan yang berlangsung di Auditorium
                                                                         Kompleks  Perdana  Siswa,  Universiti  Malaya
                                                                         itu   menyaksikan    pasukan     UiTM   telah
                                                                         menewaskan pasukan tuan rumah, Universiti
                                                                         Malaya dalam kategori Utama. Selaku johan,
                                                                         pasukan  UiTM  telah  merangkul  wang  tunai
                                                                         berjumlah  RM5,000,  piala  pusingan  dan  sijil
                                                                         kemenangan.

                                                                         Pasukan  UiTM  terdiri  dari  empat  orang
                                                                         pendebat yang hebat terdiri daripada pelajar
                                                                         tahun    kedua    jurusan    undang-undang,
                                                                         Dinie  Zhafri  bin  Zainuddin,  pelajar  tahun
                                                                         pertama  jurusan  undang-undang,  Mohd
                                                                         Syafiq  bin  Jebat,  pelajar  perbankan  islam
                                                                         tahun pertama, Ainin Sofiya binti Abdul Karim
                                                                         dan pelajar asasi sains tahun pertama, Fatin
                                                                         Aqilah binti Samian.









        Tajuk pertandingan akhir kategori Utama yang diperdebatkan ialah
        “dewan ini percaya untuk mencapai tn50, kekuatan ekonomi adalah
        kuncinya”  dengan  pasukan  UiTM  sebagai  pasukan  pencadang
        turut  menyaksikan  saudara  Mohd  Syafiq  bin  Jebat  dipilih  sebagai
        pendebat terbaik pada malam itu.

        Hadir  merasmikan  pertandingan  akhir  adalah  Tan  Sri  Shahrizat
        Abdul  Jalil,  Penasihat  Pembangunan  Keusahawanan  dan  Iktisas
        Wanita Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Profesor Datuk Dr.
        Rohana Yusof, Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Malaya.
        Sementara  itu,  pasukan  daripada  Universiti  Teknologi  Petronas
        (UTP) telah menjuarai kategori Muda Pertandingan Debat Terbuka
        ASTAR kali ke-20 dengan menewaskan pasukan daripada Universiti
        Islam Antarabangsa Malaysia

        Pertandingan ini yang telah berlangsung pada 3 hingga 6 Februari
        2017 di Universiti Malaya dengan tema Budaya Perdebatan Pemangkin
        Kecemerlangan dan memberi fokus kepada perdebatan berkaitan
        isu-isu semasa dari dalam dan luar negara. Pertandingan ini pada
        kali ini membawa kelainan dengan membuka penyertaan kepada
        pasukan pendebat muda dan utama dari institusi pengajian tinggi
        dalam negara bagi merebut gelaran juara bagi kedua-dua kategori.
        Penyertaan kali ini melibatkan sebanyak 48 buah pasukan dari 26
        Institut  Pengajian  Tinggi  Awam  dan  Swasta,  Politeknik  dan  asasi.
        Pertandingan  ini  adalah  anjuran  Jawatankuasa  Akademik  dan
        Intelektual  Kolej  Kediaman  Pertama  Universiti  Malaya  dengan
        kerjasama bersepadu dari Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM)
        dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM.

        Berita KOLEJ KEDIAMAN
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14