Page 5 - TINTA HEPA - FEB
P. 5

MISI








                                                                                         BANTUAN


                                                                                         BANJIR

                                                                                         KE  PAHANG





        YBhg.  Profesor  Datuk  Dr.  Rohana  Yusof  telah
        meluangkan  masa  untuk  hadir  ke  flag  off  Misi
        Bantuan Banjir Universiti Malaya ke Pahang pada
        7  Februari  2017  yang  lepas.  Misi  sukarelawan
        ini  terdiri  daripada  31  orang  pelajar  dan  staf
        serta  turut  disertai  oleh  Majlis  Perwakilan
        Pelajar  Universiti  Malaya  (MPPUM),  Sekretariat
        Sukarelawan  Universiti  Malaya  (SEKRUM)  dan
        Sekretariat    Presiden    Kolej-kolej   Kediaman
        Universiti Malaya (SPKUM).

        Pelajar-pelajar ini sanggup meluangkan masa cuti
        semester mereka bagi melibatkan diri dalam misi
        ini  yang  bertujuan  untuk  mengedarkan  barang-
        barang sumbangan dan membantu dalam kerja-
        kerja  pencucian.  Hasil  daripada  sumbangan
        sebanyak  RM  3000.00  telah  diserahkan  kepada
        En Rahim, Ketua Kampung Kg. Acheh dan semua
        keluar yang terjejas banjir.

        Untuk  makluman  bagi  tahun  2017,  Misi  Bantuan
        Mangsa  Banjir  UM  telah  dilaksanakan  sebanyak
        2  kali.    Misi  pertama  pada  12-14  Januari  2017  ke
        Kelantan dan  Misi yang kedua pada 7-8 Februari
        2017 ke Pahang.  Urusetia Misi Bantuan Banjir UM
        mengucapkan  berbanyak  terima  kasih  kepada
        semua penderma dan sukarelawan yang terlibat
        secara  langsung  dan  tidak  langsung  bagi
        menjayakan kedua-dua misi ini.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10