Page 4 - TINTA HEPA - FEB
P. 4

Berita HEPA

           M AJ L I S   P E N U T U P   P E R S I DA N G A N

           MAHASISWA-MAHASISWI   KEBANGSAAN


                                                         2017






        Pada 24 Januari 2017, YBhg. Tan Sri Profesor Dato’ Dr. Mohd Amin Jalaludin, Naib Canselor bersama YBhg.
        Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah mengiringi Yang
        Berhormat Dato’ Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi ke Majlis Penutup
        Persidangan Mahasiswa-mahasiswi Kebangsaan 2017 yang dianjurkan oleh Kelab Perniagaan Universiti Malaya.
        Persidangan ini telah berlangsung pada 21 Januari 2017 dan telah melabuhkan tirai dengan jayanya oleh YB.
        Dato’ Dr. Mary Yap Kain Ching. Turut hadir pada majlis penutup yang diadakan di Dewan Kuliah Lim Goh Tong,
        Fakulti Perniagaan dan Perakaunan ialah Dekan dan para Pensyarah dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
        yang memberikan sokongan buat para pelajar. Penganjuran Persidangan Mahasiswa-Mahasiswa Kebangsaan
        telah dianjurkan oleh Kelab Perniagaan Universiti Malaya untuk kali ke-6 pada tahun ini.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9