Page 3 - TINTA HEPA - FEB
P. 3

Sekalung
                                                                                      Sekalung

                                                                                      Bicara
                                                                                      Bicara

                                                                                      Setitis
                                                                                      Setitis

                                                                                      Tinta

           Assalamualaikum            Warahmatullahhiwabarakatuh                      Tinta
           dan Salam Sejahtera.


           Kampus agak sepi pada bulan Januari dan Februari
           2017 yang lalu dengan ketiadaan pelajar yang pulang
           ke  kampung  halaman  masing-masing  sempena
           cuti  semester  untuk  bersama  dengan  keluarga.
           Walaupun  demikian,  saya  mengucapkan  syabas
           kepada  mereka  yang  sanggup  berkorban  masa
           bersama  keluarga  kerana  melibatkan  diri  serta
           menyumbangkan  tenaga  dalam  program  anjuran
           HEPA  dan  Kolej  Kediaman  sepanjang  cuti  semester
           yang lalu.

           Di  kesempatan  ini  juga  saya  ingin  merakamkan
           ucapan tahniah kepda semua pelajar yang Berjaya
           mendapat  keputusan  yang  cemerlang  dalam
           peperiksaan  akhir  Semester  1.  Sesi  2016/2017  baru-
           baru  ini.  Kepada  mereka  yang  tidak  berpuas  hati
           dengan keputusan peperiksaan, usaha dengan lebih
           baik dan gunakan strategi yang lebih berkesan dalam
           mengulang kaji pelajaran dan mengambil inisiatif di
           peringkat awal semester untuk lebih berjaya.

           Akhir kata, semoga seluruh warga Universiti Malaya
           dapat membuka lembaran baru di semester kedua
           ini  dan  dapat  mempertingkatkan  lagi  produktiviti
           supaya dapat menyumbang kepada kejayaan yang
           melonjakkan lagi nama Universiti Malaya di persada
           nasional dan antarabangsa. Diharapkan juga agar
           pelajar bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan
           Hal  Ehwal  Pelajar  &  Alumni  dan  pada  masa  yang
           sama terus mengekalkan kecemerlangan akademik
           masing-masing. InsyaAllah.


           Sekian, terima kasih.









           ybhg. ProFesor datuk dr. rohana yusoF
           Timbalan Naib Canselor
           Hal Ehwal Pelajar & Alumni
           Universiti Malaya
   1   2   3   4   5   6   7   8