Page 15 - ICT Project 2016
P. 15

E-pembelajaran  juga  akan  diperkayakan  dengan  Wolfram  Mathematica  dengan
                    mengubah  contoh  statik  ke  dalam  model  interaktif  yang  dinamik  untuk  meneroka
                    fenomena di alam nyata.

                    Perisian Matematica di bawah lesen UM adalah merangkumi:-

                        1)  Wolfram Mathematica untuk desktop/laptop

                    Wolfram Mathematica menyediakan algoritma dalam semua bidang, termasuk rangkaian,
                    imej  &  isyarat,  percetakan  3D  &  geometri,  statistik,  sains  data,  geografi,  visualisasi,
                    pembelajaran  mesin,  pemprosesan  teks  &  bahasa,  dan  banyak  lagi,  menjadikannya
                    perisian yang sesuai untuk kursus peringkat lanjutan dan penyelidikan akademik.

                        2)  Wolfram Mathematica Online

                    Wolfram Mathematica juga boleh diakses secara online dan boleh berkongsi dokumen dan
                    sumber-sumber di cloud.

                        3)  Wolfram SystemModeler

                    Wolfram  SystemModeler  adalah  platform  untuk  simulasi  pelbagai  reka  bentuk  dalam
                    bidang  kejuruteraan  berasaskan  model  untuk  sistem  dinamik  yang  membolehkan
                    pembangunan model dan simulasi pelbagai kejuruteraan lanjutan dengan easy drag-dan-
                    drop.

                    Rakaman Video dan Webcast

                    Sebanyak 127 sesi rakaman / webcasting telah selesai dilaksanakan pada tahun 2016. Rujuk
                    Lampiran 3 : Sesi Rakaman & Webcasting

                    Persidangan Video

                    Sebanyak  16  persidangan  video  telah  selesai  dilaksanakan  pada  tahun  2016.  Rujuk
                    Lampiran 4 : Aktiviti Persidangan Video



               4.  Aktiviti Inovasi

                    Projek Big Data

                    Platform  Big  Data  yang  mula  diperkenalkan  pada  awal  2015    telah  ditambahbaik
                    dengan  penambahan  platform  Horton.  Langkah  ini  dapat  meminimumkan  kos
                    pelaksanaan  berbanding  penggunaan  platform  Cloudera  yang  memerlukan
                    pembayaran  lesen  tahunan  sebanyak  RM  60,000.  Terdapat  6  node  menggunakan
                    Platform Cloudera  (jumlah kapasiti ruang sebanyak 42 TB) dan 5 node menggunakan
                    platform Horton (jumlah kapasiti ruang sebanyak 35 TB).





                                                      Page 14 of 18
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20