Page 16 - ICT Project 2016
P. 16
Bermula dari Nov 2016, PTM telah mengorak langkah melaksana aktiviti kolaborasi
dengan sumber pakar dalaman seperti para penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan. Antara
projek yang dikenal pasti adalah kajian pola penggunaan elektrik di bangunan tertentu
dalam UM, kajian pelaksanaan Internet of Things (IoT) di bangunan baru PTM dan juga
kajian pelaksanaan RFID bagi tujuan pengesanan pergerakan aset.
Penaiktarafan Sistem Log Berpusat
Sistem Log Berpusat yang diintegrasi dengan infrastruktur Big Data sedia ada telah mula
digunapakai di UM semenjak Mei 2015. Hasil dari pelaksanaan ini, Sistem Log Berpusat
telah berjaya dibangunkan dengan menggunakan Elastic Stack yang membolehkan
data diambil dari pelbagai sumber dan format. Data ini boleh dicari, analisa dan visualise
dalam masa nyata (real time). Log yang telah diproses oleh Logstash juga berupaya
disimpan terus ke dalam infrastruktur Big Data sedia ada dan sedia untuk dianalisa. Hasil
dari analisa log yang terhasil membolehkan tanda-tanda serangan siber dapat dikesan
lebih awal.
Apache Kafka (a distributed publish-subscribe messaging system) telah digunapakai bagi
menggantikan RabbitMQ untuk menguruskan data log yang diterima dari Log Berpusat
ke Logstash untuk tujuan analisa data.
Projek Unified Authentication Gateway Platform
Projek ini dibangunkan untuk memperkasakan sistem kawalan penggunaan dan tahap
keselamatan sistem rangkaian UM. Autentikasi pengguna bersepadu fasa 1 ini meliputi
segmen rangkaian tanpa wayar. Ia menggabungkan proses autentikasi peringkat sistem
aplikasi dan juga peringkat sistem rangkaian. Ia juga sebagai persediaan kepada
pelaksanaan Bring Your Own Device (BYOD) di masa hadapan. Implementasi dalam fasa
1 ini melibatkan, 1,300 Access Point Wireless di semua Kolej Kediaman (KK 1-12), Fakulti
Perubatan, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Alam Bina dan PTM.
Pada 30 Disember 2016, bilangan pengguna yang telah menggunapakai sistem
autentikasi ini ialah 19,785 (staf dan pelajar). Pelaksanaan di PTj lain akan dibuat pada
2017.
Page 15 of 18