Page 14 - ICT Project 2016
P. 14

https://www.youtube.com/watch?v=WxvUMuf8Q64&feature=youtu.be

                    Microsoft Office 365 untuk Staf dan Pelajar UM

                    Office  365  Education  Plus  adalah  sebahagian  daripada  perkhidmatan  yang  diperolehi
                    daripada  kontrak  berpusat  Perisian  Microsoft  antara  Prestariang  Systems  Sdn  Bhd  dan
                    Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

                    Office 365 merupakan perkhidmatan online yang berkonsepkan cloud yang menawarkan
                    pakej aplikasi merangkumi Microsoft Office Profesional (Word, Excel, PowerPoint), OneNote,
                    One Drive, MS Outlook online, Task, Calendar dll. Ia juga merupakan perkhidmatan yang
                    menyokong pembelajaran abad ke 21 yang memudahkan penyampaian maklumat dan
                    meningkatkan keberkesanan pembelajaran antara pensyarah dan pelajar.

                    Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh staf dan pelajar bermula Julai 2016.
                    Perisian Mathematica untuk Staf dan Pelajar UM

                    Perisian Mathematica oleh Wolfram Technology Systems kini tersedia untuk digunakan oleh
                    semua  staf  dan  pelajar  UM  bermula  Oktober  2016.  Semua  pengguna  UM  adalah  layak
                    untuk produk utama Wolfram: Mathematica untuk desktop/laptop,  Mathematica dalam
                    talian, dan SystemModeler.

                    Mathematica  menawarkan  kuasa  pengiraan  secara  mendalam  tetapi  mudah  untuk
                    digunakan  untuk  bidang  yang  tidak  pernah  mendapat  manfaat  daripada  pengiraan
                    sebelum  ini    dan  membuka  peluang  utama  untuk  mewujudkan  kurikulum  inovatif  yang
                    menggunakan alat Wolfram untuk mengintegrasikan pembelajaran dan penyelidikan.

                                                      Page 13 of 18
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19