Page 77 - sains_eksesais
P. 77
67 SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) SESI AKADEMIK 2018/2019
C. ANUGERAH LENCANA KHAS SUKAN UNIVERSITI (Pelajar)
Anugerah ini adalah anugerah yang diberi kepada staf dan pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang
dan tahap kebolehan yang tinggi dalam sukan. Pemenang anugerah ini dipilih berdasarkan syarat-syarat
berikut :-
1) Mewakili negara (pasukan kebangsaan) sebagai atlet, pegawai pasukan atau pegawai teknikal
dalam mana-mana kejohanan
Atau
2) Mewakili negara (pasukan kebangsaan) sebagai atlet, pegawai pasukan atau pegawai teknikal
dalam mana-mana kejohanan atau berdasarkan kriteria berikut : -
Acara atau permainan yang disertai tidak dipertandingkan di peringkat sukan antara
universiti pada tahun pencalonan atau
Acara atau permainan yang disertai belum lagi dipertandingkan di peringkat sukan
antara universiti pada tahun pencalonan
Dan
3) Mempunyai rekod yang bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya oleh mana-mana
badan sukan atau universiti
D. ANUGERAH LENCANA PUSAT SUKAN (Pelajar)
(Dipilih oleh Pusat Sukan dan Sains Eksesais, UM)
Anugerah ini adalah anugerah yang diberikan kepada atlet pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang
dan tahap kebolehan yang tinggi dalam sukan. Pemenang anugerah ini dipilih mengikut kriteria berikut :-
1) Mewakili pasukan Universiti Malaya dan menjadi pemain utama dalam permainannya sekurang-
kurangnya dua tahun terakhir pengajian atau tiga tahun berturut.
2) Pernah menerima Anugerah Lencana Penuh tetapi tidak memenuhi kriteria untuk memenangi
anugerah yang lebih tinggi (Olahragawan/Olahragwati/Anugerah Biru)
3) Mempunyai rekod bersih tanpa sebarang tindakan tatatertib terhadapnya dari mana-mana badan
sukan atau universiti.
4) Mencapai kelulusan akademik sekurang-kurangnya CGPA 2.5 dalam keputusan peperiksaan
terkini kecuali pelajar Ijazah Tinggi (Mod Penyelidikan)
E. ANUGERAH PASUKAN / INDIVIDU CEMERLANG UNIVERSITI (Pelajar)
Anugerah ini adalah anugerah yang diberi kepada pasukan sukan atau individu dari kalangan pelajar yang
menunjukkan prestasi cemerlang dan telah memenuhi syarat-syarat berikut :-
1) Menjadi juara tahun pencalonan dalam sukan peringkat antara universiti.
2) Sentiasa komited dengan program-program yang dirancang oleh Pusat Sukan dan Sains
Eksesais.
3) Mempunyai rekod yang bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib terhadap mana-mana badan
sukan atau universiti.
F. ANUGERAH LENCANA PENUH UNIVERSITI (Pelajar)
Anugerah ini diberi kepada atlet dari kalangan pelajar yang telah berjaya memenuhi syarat-syarat berikut
:-
1) Mewakili pasukan Universiti Malaya dan menjadi pemain utama dalam permainannya sekurang-
kurangnya dua tahun terakhir pengajian atau tiga tahun berturut-turut.
2) Anugerah ini layak diberikan hanya sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di Universti
Malaya.