Page 74 - sains_eksesais
P. 74

64                                       SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) SESI AKADEMIK 2018/2019



                                           PENGANUGERAHAN IJAZAH PERTAMA
               1.  Untuk layak dianugerahkan ijazah, seseorang pelajar hendaklah melengkapkan 128 jam kredit minimum bagi
                   program Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Eksesais) dan memperolehi PNGK tidak kurang dari 2.0.
               2.  Ijazah yang dianugerahkan adalah ijazah kepujian berdasarkan PNGK terakhir.  Untuk melayakkan
                   dianugerahkan ijazah kepujian ini, pelajar hendaklah mencapai PNGK terakhir tidak kurang daripada 2.00.
                   dianugerahkan ijazah LULUS dengan KEPUJIAN.
               3.  Pelajar yang dianugerahkan Ijazah Lulus dengan Kepujian (DENGAN CEMERLANG) sekiranya:
                   (i)    mencapai PNGK terakhir 3.70 dan ke atas;
                   (ii)   Tidak pernah dapat gred F dan/atau gred U bagi mana-mana kursus sepanjang tempoh program
                          pengajiannya;
                   (iii)   Tidak pernah mengulang mana-mana kursus seperti di dalam peraturan 5(8); dan
                   (iv)   Berjaya menamatkan program pengajian dalam tempoh minimum atau tempoh yang ditetapkan.

               4.  Seseorang  pelajar  yang  telah  mendapat  gref  F  dan/atau  gred  U  bagi  mana-mana  kursus  dan  berjaya
                   mempertingkatkan gref F dan/atau gred U  itu kepada sesuatu gred yang lebih baik pada percubaan berikutnya
                   adalah TIDAK LAYAK dianugerahkan ijazah Lulus dengan Kepujian (Dengan Cemerlang)


                             ANUGERAH CEMERLANG PUSAT SUKAN DAN SAINS EKSESAIS

                   Anugerah Cemerlang Pusat Sukan dan Sains Eksesais dianugerahkan sekali setiap tahun bagi pelajar yang
                   akan  tamat  pengajian.  Anugerah  ekskelusif  ini  dikhaskan  bagi  mereka  yang  cemerlang  di  dalam  bidang
                   akademik  di  samping  menunjukkan  penglibatan  aktif  di  dalam  bidang  sukan.  Pelajar  yang  dipilih  akan
                   menerima sijil dan plak.


                 KRITERIA KELAYAKAN MINIMA

               1.   Pelajar Pusat Sukan dan Sains Eksesais Tahap Akhir (dijadualkan menerima Ijazah pada Majlis Konvokesyen
                   yang akan datang); dan
               2.   Pernah mewakili sekurang-kurangnya peringkat negeri sebagai atlet, jurulatih atau pengurus sewaktu berada
                   di Universiti Malaya; dan
               3.   Pernah  mewakili  Universiti  Malaya  sebagai  atlet,  jurulatih  atau  pengurus  sekurang-kurangnya  dua  tahun
                   berturut-turut; dan
               4.   Mempunyai PNGK akhir 3.5 ke atas; dan
               5.   Tidak mempunyai sebarang rekod disiplin di sepanjang tempoh pengajian.

                PEMILIHAN BAGI MEREKA YANG LAYAK DENGAN  KRITERIA MINIMA

               Pelajar yang mempunyai markah tertinggi akan dipilih, tetapi bagi sebarang persamaan atau pertelingkahan, maka
               keputusan muktamad adalah terpulang kepada Jawatankuasa Akademik dan atau Pengarah  Pusat Sukan dan
               Sains Eksesais.
               Pengiraan nilai markah adalah seperti berikut:

                  Penglibatan Sukan (boleh digabungkan jumlahnya)
                  Mewakili Negara (Tahap Elit/Senior)   20 markah
                  Mewakili Negara (Tahap Junior)    15 markah
                  Mewakili Negeri                  10 markah

                  Jenis sukan yang diiktiraf adalah di bawah budi bicara Jawatankuasa Akademik. Markah hanya diberi sekali
                  walaupun pelajar mewakili berulang kali. Tetapi jika terdapat pelajar yang mempunyai markah keseluruhan yang
                  sama, maka jumlah mewakili negeri/negara akan dipertimbangkan.

                  Prestasi Akademik
                  Tidak pernah gagal sebarang subjek                    5 markah
                  Bagi SETIAP peningkatan (0.05) selepas PNGK 3.5       5 markah (setiap kali)
                  Membentangkan kertas kajian di seminar / jurnal        5 markah (setiap satu)
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79