Page 69 - sains_eksesais
P. 69

59                                       SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) SESI AKADEMIK 2018/2019


               PERINGATAN PENTING



                 FUNGSI PENASIHAT AKADEMIK


               (1)  Dekan  fakulti  hendaklah  memastikan  satu  Panel  Penasihat  Akademik  dilantik  di  kalangan
                   pensyarah untuk membimbing pelajar dalam perancangan program pengajiannya.

               (2)  Penasihat Akademik bertanggungjawab bagi :-

                  i.    membantu pelajar dalam pemilihan kursus dan bilangan jam kredit yang pelajar akan
                        ambil sebelum semester bermula; dan/atau

                  ii.   memberikan  bimbingan  kepada  pelajar  dalam  mengatasi  masalah  pembelajaran,  jika
                        ada, berdasarkan kemajuan pengajian pelajar.

               (3)  Dekan Fakulti bertanggungjawab untuk menentukan kaedah pelaksanaan sistem Penasihat
                   Akademik di fakulti masing-masing.


                                                                                            [dipetik daripada Buku:
                                                                Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017,
                                                            Peraturan-peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017]




                  KEHADIRAN KELAS

               Pelajar  diwajibkan  menghadiri  semua  kelas.  Pelajar  yang  tidak  menghadiri  mana-mana  kelas
               dikehendaki memaklumkan alasan ketidakhadirannya kepada pensyarah dengan segera dengan
               menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan. Pensyarah bertanggungjawab memaklumkan
               kepada  pelajar  tentang  akibat  ketidakhadiran  dalam  kelas  dan  dikehendaki  menyimpan  rekod
               kehadiran kelas..
                                                                                            [dipetik daripada Buku:
                                                                Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017,
                                                            Peraturan-peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017]



                  PENAMATAN PROGRAM PENGAJIAN



               Atas sebab perubatan
               Pelajar  yang  telah  diluluskan  penarikan  diri  dari  semester  atas  sebab  perubatan  selama  dua
               semester  berterusan  boleh  ditamatkan  dari  program  pengajiannya  atas  perakuan  Doktor
               Perkhidmatan Klinik Kesihatan Pelajar Universiti atau Hospital Kerajaan atau Pusat Perubatan
               Universiti Malaya setelah kes pelajar tersebut dikaji semula oleh doktor berkenaan pada semester
               yang berikutnya.


               Atas sebab psikologi/perubatan psikiatri
               Pelajar yang telah diluluskan penarikan diri dari semester atas sebab psikologi/perubatan psikiatri
               dan tidak mengambil peperiksaan akhir untuk empat Semester Biasa dan dua Semester Khas
               berturut-turut  boleh  ditamatkan  dari  program  pengajiannya  atas  perakuan  doktor/pakar  yang
               berkenaan.
                                                                                            [dipetik daripada Buku:
                                                                Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017,
                                                            Peraturan-peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017]
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74