Page 71 - sains_eksesais
P. 71
61 SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) SESI AKADEMIK 2018/2019
kecuali atas sebab perubatan. Permohonan hendaklah dibuat kepada Timbalan Naib
Canselor yang berkenaan melalui Dekan Fakulti.
(vi) Permohonan atas sebab perubatan hendaklah disokong dengan laporan perubatan
yang dikeluarkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar Klinik Kesihatan Pelajar
Universiti/hospital kerajaan/Pusat Perubatan Universiti Malaya/Pusat Perubatan
Swasta.
(vii) Sekiranya permohonan diluluskan, kursus berkenaan akan dicatatkan dengan gred W.
(viii) Sekiranya permohonan tidak diluluskan, pelajar dikehendaki meneruskan
pengajiannya bagi kursus-kursus berkenaan. Pelajar akan diberikan gred F sekiranya
tidak menghadiri kursus, mengikuti semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan
menduduki peperiksaan (sekiranya ada) pada akhir semester berkenaan.
(ix) Penarikan diri dari kursus bagi mana-mana alasan berikut tidak dibenarkan:
(A) Prestasi pelajar yang tidak memuaskan bagi mana-mana kursus;
(B) Kekurangan persediaan bagi kursus berkenaan;
(C) Tidak puas hati terhadap mana-mana kursus.
(x) Penarikan diri dari kursus adalah tidak dibenarkan sama sekali apabila tempoh
peperiksaan semester berkenaan telah bermula.
(xi) Pelajar yang berhenti daripada menghadiri kuliah dan tidak mengikuti semua aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sesuatu kursus tanpa penarikan diri secara rasmi akan
diberi gred F dan dicatatkan dalam rekod rasmi pelajar bagi kursus berkenaan.
(b) Penarikan diri dari semester
(i) "Penarikan diri dari semester" bermakna penarikan diri dari kesemua kursus yang
didaftarkan (jika ada) bagi semester berkenaan atau cuti daripada menghadiri kuliah
bagi program pengajian yang sedang diikuti bagi semester berkenaan.
(ii) Penarikan diri dari semester dikategorikan seperti berikut:
(A) Cuti Semester Atas Sebab Peribadi
(B) Cuti Semester Atas Sebab Perubatan
(C) Cuti Semester Atas Sebab Program Pertukaran Pelajar
(D) Cuti Gap Year
(iii) Pelajar hanya dibenarkan menarik diri dari sesuatu semester selepas ia telah
menjalani program pengajiannya sekurang-kurangnya satu semester melainkan atas
sebab perubatan. Walau bagaimanapun, penarikan diri dari semester untuk tujuan
mengikuti Cuti Gap Year hanya dibenarkan selepas pelajar telah menjalani sekurang-
kurangnya satu sesi pengajiannya.
(iv) Penarikan diri dari semester atas sebab peribadi hanya dibenarkan bagi tempoh dua
semester sepanjang tempoh pengajian pelajar. Tempoh minimum bagi mengikuti Cuti
Gap Year adalah selama satu semester biasa dan tempoh maksimum adalah selama
dua semester biasa yang diambil secara berturut-turut.
(v) Permohonan penarikan diri dari semester hendaklah dibuat kepada Dekan Fakulti
dalam tempoh yang dibenarkan mengikut apa-apa kaedah yang ditetapkan.
(vi) Penarikan diri dari semester selepas hari Jumaat minggu kuliah ketujuh Semester
Biasa atau selepas hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Khas adalah tidak
dibenarkan kecuali atas sebab perubatan/kecemasan/program pertukaran pelajar.
Permohonan hendaklah dibuat kepada Timbalan Naib Canselor yang berkenaan
melalui Dekan Fakulti.
(vii) Permohonan penarikan diri dari semester atas sebab perubatan/kecemasan atau atas
sebab program pertukaran pelajar/Cuti Gap Year hendaklah disokong dengan laporan
perubatan yang dikeluarkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar Klinik Kesihatan
Pelajar Universiti/ hospital kerajaan/Pusat Perubatan Universiti Malaya/Pusat
Perubatan Swasta atau bukti dokumentasi berkenaan.