Page 72 - sains_eksesais
P. 72

62                                       SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) SESI AKADEMIK 2018/2019
                   (viii)   Sekiranya  permohonan  diluluskan,  kursus  berkenaan  akan  dicatatkan  dengan  gred
                          W1.  Pelajar  hendaklah  mendaftar  semula  selepas  tempoh  penarikan  diri  sesuatu
                          semester.

                   (ix)   Sekiranya  permohonan  tidak  diluluskan,  pelajar  dikehendaki  meneruskan
                          pengajiannya bagi kursus-kursus berkenaan. Pelajar akan diberikan gred F sekiranya
                          tidak  menghadiri  kursus,  mengikuti  semua  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran
                          dan/atau menduduki peperiksaan yang diadakan pada akhir semester berkenaan.
                   (x)    Pelajar yang berhenti daripada menghadiri kuliah sesuatu kursus tanpa penarikan diri
                          secara rasmi akan diberi gred F dan dicatatkan dalam rekod rasmi pelajar bagi kursus
                          berkenaan.

                   (xi)   Penarikan diri dari semester atas mana-mana alasan berikut tidak dibenarkan:
                          (A) Prestasi pelajar yang tidak memuaskan bagi mana-mana kursus;
                          (B) Kekurangan persediaan bagi kursus berkenaan;

                          (C) Tidak puas hati terhadap mana-mana kursus.
                   (xii)   Penarikan  diri  dari  semester  adalah  tidak  dibenarkan  sama  sekali  apabila  tempoh
                          peperiksaan semester berkenaan telah bermula.

                   (xiii)   Butiran penarikan diri dari semester adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual pada
                          peraturan 3(2)(b).


               (c) Penarikan diri dari Universiti
                   (i)    "Penarikan diri dari Universiti" bermakna penarikan diri daripada program pengajian
                          yang sedang diikutinya.

                   (ii)    Penarikan diri hendaklah dibuat secara bertulis kepada Timbalan Naib Canselor yang
                          berkenaan melalui Dekan Fakulti dan keputusan Universiti adalah muktamad.

                   c.     Pelajar yang diluluskan menarik diri dari Universiti selepas hari Jumaat minggu kuliah
                          kedua akan:

                          (A)   Dikenakan yuran pengajian bagi kursus yang telah didaftarkan; dan
                          (B)   Dicatatkan gred W2 bagi kursus berkenaan.
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77