Page 64 - sains_eksesais
P. 64
54 SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) SESI AKADEMIK 2018/2019
KREDIT MAKSIMUM
(i) Pada amnya bilangan kredit maksimum yang boleh diambil pada Semester Biasa
adalah 20 kredit dan 9 kredit bagi Semester Khas.
(ii) Walau apapun yang diperuntukan oleh perenggan (i) di atas, pelajar baharu dihadkan
mengambil tidak melebihi 18 kredit dalam semester permulaan bagi program
pengajiannya melainkan jika diluluskan oleh Senat.
(iii) Walau apapun yang diperuntukkan oleh perenggan (i) dan (ii) di atas, bilangan kredit
ini tidak termasuk kredit kursus yang diaudit.
MAKLUMAN DAN PERINGATAN BERKAITAN PERMOHONAN MENDAFTAR LEBIH JAM
KREDIT
1. Dibuat SECARA ONLINE SEPENUHNYA. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar yang
telah memperolehi keputusan peperiksaan terkini (Semester I atau II Sesi berkenaan).
2. Pelajar baharu TIDAK dibenarkan mengemukakan permohonan mendaftar lebih kredit.
3. Keputusan permohonan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa atau selewat-lewatnya
dua (2) minggu dari tarikh akhir permohonan dan pelajar dikehendaki menyemak sendiri
keputusan permohonan tersebut.
4. Pelajar hanya dibenarkan membuat permohonan mendaftar lebih kredit SEKALI sahaja.
Sekiranya ada sebarang pindaan yang ingin dibuat pada permohonan asal, sila berhubung
dengan Akademi/Fakulti/Pusat masing-masing.
5. Kursus yang dipohon TIDAK akan didaftarkan secara automatik sebaliknya pelajar
bertanggungjawab untuk MENDAFTAR kursus tersebut di dalam sistem pendaftaran kursus
selewat-lewatnya sebelum berakhir minggu kuliah kedua.