Page 60 - sains_eksesais
P. 60

50                                       SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) SESI AKADEMIK 2018/2019




                Kod Kursus                 VIB3212
                Tajuk Kursus               Biokimia Eksesais dan Sukan
                Jam kredit                 3
                Bahasa Pengantar           Bahasa Inggeris
                Prasyarat/Keperluan Minimum   VIB2102 Nutrisi dan Keseimbangan Tenaga dalam Eksesais dan Sukan
                Kursus
                Hasil Pembelajaran         Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                           1.   Menghurai konsep asas regulasi metabolik; prinsip asas biokimia berkaitan enzim
                                              dan metabolisma penghasilan tenaga.
                                           2.   Mengaplikasi tindakbalas biokimia dalam sukan yang berbeza intensiti dan jangka
                                              masa.
                                           3.   Menafsirkan adaptasi terhadap latihan dari segi mekanisma dan limitasi.
                Sinopsis Kandungan Kursus   Kursus ini menekankan konsep baru dalam biokimia eksesais berdasarkan penemuan
                                           terkini dalam bidang berkenaan. Perkataan seperti genomik, proteomik lazim digunakan
                                           sekarang ini untuk menerangkan fungsian sel, ekspresi protein serta analisa terperinci
                                           metabolism  badan.  Kursus  ini  juga  memberi  kefahaman  tentang  kaitan  metabolisma
                                           terhadap prestasi sukan dengan menerangkan lebih lanjut proses biokimia khusus untuk
                                           sukan yang berbeza. Pelajar juga akan dapat memahami bagaimana proses biokimia
                                           yang menentukan tindakbalas metabolik terhadap eksesais dipengaruhi oleh adaptasi
                                           latihan.
                Rujukan Utama              1.   Powers SK and Howley ET (2015). Exercise Physiology, Theory and Application
                                              to Fitness and Performance. 8th Edition. McGraw-Hill Companies.
                                           2.   McArdle WD, Katch FI and Katch VL (2014). Exercise Physiology, Energy,
                                              Nutrition, and Human Performance. 7th Edition. Lippincott, Williams and Wilkins.
                                           3.   Mougios V (2016). Exercise Biochemistry. Human Kinetics.
                Kaedah Penilaian Berterusan   Penilaian berterusan  : 60%
                                           Peperiksaan     : 40%
                Kemahiran Insaniah         Pemikiran Kritis dan Penyelasaian Masalah – CTPS3
                                           Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat – LL2
                                           Etika dan Moral Profesional – EM2
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65