Page 66 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 66

BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN  SESI AKADEMIK 2017/2018  59






                OBJEKTIF PROGRAM IJAZAH SARJANA

                MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS)



               Objektif  program  adalah  untuk  melahirkan  modal  insan  berkualiti  tinggi  di  dalam  Sains
               Eksesais. Para graduan yang terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam bidang ini akan
               dapat menjana idea-idea, membawa arus perubahan dan membangunkan disiplin ini melalui
               kaedah  saintifik  yang  terkini,  memulakan  dan  meneruskan  jalinan  kerja  yang  kuat  serta
               mempunyai kemahiran pembuatan keputusan yang mantap.

               Program berpusatkan pelajar ini akan membolehkan seseorang itu mengikuti suatu program
               multi-disiplin  secara  sistematik  dan  berkesan.  Program  ini  juga  direka  untuk  menyediakan
               pelajar dengan kemahiran dan skill penting yang mampu mengembangkan keilmuan Sains
               Sukan  secara  praktikal  atau  akademik.  Sebahagian  daripada  proses  pembelajaran  ialah
               supaya pelajar dapat mempamerkan kebolehan melaksanakan penyelidikan asas di dalam
               bidang  sukan.  Latihan  akademik  seperti  ini  dijangka  akan  dapat  memantapkan  dan
               membangunkan  kepimpinan  para  pelajar  dalam  ilmu  Sains  Sukan  di  mana  mereka  akan
               berupaya mempraktikkan teori dan model saintifik mutakhir di dalam suasana sukan tempatan.
               Ini  seterusnya  akan  menimbulkan  minat  dan  menggalakan  pelajar  untuk  terlibat  di  dalam
               proses pembelajaran sepanjang hayat.
               Hasilnya,  pelajar  akan  dapat  menilai  secara  kritis  isu  sukan  tempatan  dan  antarabangsa
               disamping  mempamerkan  kemahiran  sosial  dalam  ikthisas,  persepsi,  pendapat  dan  sikap
               dalam menguruskan organisasi sukan. Tambahan pula, program ini direka untuk memberi
               penekanan kepada pemurnian kemahiran pengurusan dan keusahawanan pelajar untuk terus
               berdaya saing di dalam industri sukan, contohnya melalui kursus Latihan Industri.

               Bagi  mencapai  matlamat  di  atas,  penekanan  akan  diberi  untuk memastikan  para graduan
               Sains Eksesais akan mempunyai kemahiran asas seperti di bawah:

                (1)   Pengamal Sukan    -  terlibat dan memahami keperluan profesional sukan.
                (2)   Penyelidik          -  mempunyai  kefahaman  dan  kemahiran  yang  kukuh  di  dalam
                                            prinsip-prinsip penyelidikan.
                (3)   Pemimpin            -  mempunyai  kemahiran  memimpin  dan  berkeyakinan  untuk
                                            menjadi ketua, penggerak yang berinisiatif tinggi.
                (4)   Pembuat             -  mempunyai  daya  pemikiran  yang  rasional  serta  berkemahiran
                      Keputusan             untuk  membuat  penilaian  serta  keputusan  di  dalam  bidang
                                            berkaitan.
                (5)   Bijak               -  mampu     berkomunikasi     dengan     baik   dan    berupaya
                      berkomunikasi         menyampaikan ilmu Pengurusan Sukan kepada pihak lain.
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71