Page 65 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 65

BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN  SESI AKADEMIK 2017/2018  58

               IJAZAH  SARJANA  MUDA  SAINS  SUKAN

               (SAINS EKSESAIS)




                  BIDANG SAINS EKSESAIS



               Pembangunan sukan di Malaysia telah berkembang dengan cepat. Sukan di Malaysia sedang
               menuju era baru dan telah mendapat perhatian yang menggalakan dengan penghasilan atlet
               bertaraf dunia dan individu yang memilih sukan sebagai kareer. Oleh yang demikian, para atlet
               dan jurulatih perlu mempunyai pendedahan tentang trend teknologi terkini dalam sukan serta
               berkebolehan  untuk  mengaplikasi  program  latihan  yang  sistematik  dan  saintifik.  Pengkaji
               sukan dan pengamal sukan profesional perlu mempunyai pemgetahuan tahap tinggi dalam
               pelbagai  disiplin  yang  berkaitan  dengan  Sains  Sukan  bagi  membolehkan  mereka
               berkeupayaan  untuk  mengaplikasikan  pertimbangan  aspek  teori  dan  praktikal  dengan
               berkesan. Startegi ini hanya boleh dicapai dengan memperolehi pendidikan formal di peringkat
               kolej mahupun universiti. Universiti Malaya merupakan universiti pertama di Malaysia yang
               menawarkan program Sains Sukan yang mula ditawarkan pada 1995. Sehingga kini, seramai
               lebih  dari  1000  graduan  telah  berjaya  menjalani  program  ini  dengan  jayanya  sejak  1999.
               Graduan ini kini memainkan peranan sebagai ketua dalam bidang Sains Sukan dalam usaha
               meningkatkan prestasi sukan di Malaysia dan untuk melahirkan atlet podium dan bertahap
               dunia.

               Bidang Sains Eksesais merupakan satu cabang dari ilmu Sains Sukan.  Secara amnya ia
                                                                                 1
               dibahagikan kepada dua bentuk utama (Parks & Quarterman, 2000) :

               (i)    Bidang  kerjaya  profesional  yang  mana  terdapat  banyak  peluang  pekerjaan  yang
                      bersangkutan dengan sukan
               (ii)   Bidang akademik yang lebih khusus kepada persiapan secara intelektual di IPTA/S
                      dan kolej-kolej.

               Bidang Sains Eksesais secara akademiknya telah bermula lebih kurang 70 tahun yang lalu
               dan  telah  mampu  meletakkan  negara-negara  awal  sebagai  kuasa  sukan  dunia  dari  segi
               globalisasi dan komersialisasi sukan. Negara kita juga telah mengorak langkah dalam bidang
               ini  dengan  memulakan  program  akademik  Sains  Sukan  pada  tahun  1995,  mendahului
               kebanyakkan  negara  di  rantau  ini.  Amat  bertepatan  sekali,  Universiti  Malaya  telah  pun
               menghasilkan  graduan-graduan  bidang  Sains  Sukan  yang  diharapkan  akan  dapat
               meneruskan tunggak sukan dan eksesais di Malaysia.
               Dengan mempelajari pelbagai aspek Sains Eksesais antaranya seperti Anatomi dan Fisiologi
               Manusia,  Biomekanik,  Nutrisi  Sukan,  Psikologi  Sukan,  Kejurulatihan,  Pengukuran  dalam
               Sukan, dan Penyelidikan dalan Sains Sukan, graduan Universiti Malaya ini mampu memiliki
               ilmu yang cukup mantap untuk mendatangkan perubahan.
               Pusat  Sukan,  Universiti  Malaya  akan  tetap  berusaha  untuk  mempertingkatkan  lagi  kualiti
               program Sains Eksesais agar graduan-graduan masa depan akan menjadi lebih profesional.
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70