Page 67 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 67
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 60
STRUKTUR, JANGKAMASA DAN KAEDAH
PENGAJIAN
Program ini adalah pengajian sepenuh masa dimana para pelajar perlu mendaftar dan lulus
kursus minima dengan mata gred C berjumlah 128 jam kredit. Struktur program pengajian
adalah seperti berikut;
Kursus Universiti Kursus Teras Fakulti Kursus Teras Program Kursus Elektif
24 Jam Kredit 24 Jam Kredit 48 Jam Kredit 32 Jam Kredit
Selain dari itu, para pelajar adalah diperlukan untuk mendaftar dan lulus kursus fakulti dan
elektif seperti yang ditentukan oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.
Jangkamasa pengajian adalah seperti berikut:
(i) Tempoh minimum = 7 semester
(ii) Tempoh maksimum = 11 semester
Kaedah penyampaian program adalah melalui kombinasi sesi kuliah berdasarkan teori
bersemuka (face to face - F2F), pendekatan pembelajaran berpandu (sebagai contoh tutorial
dan perbincangan kumpulan), pendekatan pengajaran berteraskan pelajar (sebagai contoh
kerja lapangan, tugasan bertulis, pembentangan) dan latihan industri (praktikal).
KAEDAH PENILAIAN & PEMBERATAN
\
Kemajuan pelajar dinilai melalui pelbagai kaedah, antaranya ialahlatihan ilmiah/kertas projek
yang meliputi penulisan, tugasan kerja-kerja praktikal dan amali, pembentangan kertas kerja
dan analisis teori. Pemberatan penilaian bagi semua kursus di bawah program Ijazah Sarjana
Muda Sains Sukan kecuali kursus-kursus yang ditawarkan oleh fakulti lain adalah seperti
berikut:
1. Kursus : Penilaian Berterusan – 60% dan Peperiksaan Akhir – 40%
2. Seminar : Penilaian Berterusan – 100%
3. Latihan Industri : Penilaian Berterusan – 100%
Walaupun penilaian berterusan dari segi aktiviti, ujian praktikal dan ujian berterusan
ditekankan, peperiksaan juga merupakan komponen terpenting di dalam struktur kurikulum
melalui kursus-kursus tertentu yang ditetapkan dengan peratusan sebanyak 40%.